Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Waktu Rawatan

Pusat Rawatan Alor Setar :

No.299, Taman Malaysia,

(Jalan Pumpong) Lebuhraya Darul Aman,

05250 Alor Setar, Kedah.

…………………………………

Waktu Rawatan :

Isnin : 8.00 mlm. – 11.00 mlm.- majlis zikir dan rawatan

Khamis : 4.00 ptg – 6.00 ptg

Sabtu : 3.00 ptg – 6.00 ptg.

…………………………………

Harga Jualan Barang

1. air gau 1.5 liter                                           = RM 3.00

2. buku ruqyah besar                                    = RM 5.00

3. buku ruqyah kecil                                      = RM 3.00

4. buku ikhtiar penyembuhan                    = RM 15.00

…………………………………………………………………………

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :

Ustaz Mohd Alawi Hj Abd Kudus – 013 -209 0421

Ustaz Hj. Abdul Mutalib Abdullah – 019 -473 7836

Ustaz Suhaimi Hj. Mahmud – 013 -453 5857

………………………………………

Peta ke Pusat Rawatan Alor Setar

Sila klik pada peta untuk paparan lebih jelas

Comments on: "Waktu Rawatan" (141)

  1. rony fazla bin mokhtar said:

    Assalamualaikum..tuan,
    Bapa mertua saya di diagnosis kanser tulang belakang pada bulan 6/2014…mengikut anggaran doktor hanya bertahan setahun.adakah rawatan yang mampu memulihkannya.?.dia masih belum tahu dia mengalami penyakit ini..keadaan nya cuma sukar untuk bangun dari duduk sahaja dan xlalu mkn.

    • Waalaikummussalam. Kita hanya mengikhtiarkan dengan doa dan beberapa bahan untuk rawatan kanser tulang. Insyaallah, kesembuhan itu milik Allah. Tuan boleh bawa bapa mertua ke pusat rawatan.

  2. Assalamualaikum, terima kasih ustaz..InshaAllah, saya akan ke pusat rawatan secepat mungkin…

  3. Norizan said:

    Assalamualaikum,
    saya ingin bertanya mengenai benda halus.
    saya dapat rasakan ada yang tidak kena dengan diri saya. Malah kerap mimpi menyusukan sesuatu yang saya sendiri tidak pasti.
    Saya gelisah bila saya sendiri berzikir, tidak senang bila dengar azan.
    bolehkan saya dirawat disini?

    • Waalaikummussalam Cik/Puan Norizan, boleh datang ke Pusat Rawatan yang terdekat, Insyaallah kita cuba bantu.

  4. Slm..ada tak perawat wanita.saya tak selesa dengN lelKi

  5. Madihah said:

    Assalamualaikum
    Saya ingin bertanya..adik saya mendengar bayi menangis..dan adik ipar mimpi ada orang akan kasi dia bayi..

    Dalam pada masa itu..adik saya meracau..apabila kami sekeluarga ingin membaca yasin..anak perempuan saya pula terdengar ada org bercakap dgnnya..tp tidak jelas..dan perempuan menjerit apabila saya sekeluarga memulakan bacaan yasin. Pada masa itu juga anak lelaki saya pula nampak..saya pun tak pasti apa yg dia nampak..wallahualam..
    Apakah sebenarnya ini semua..bolehkah ustaz dtg dirumah saya untuk merawat atau saya sekeluarga akan datang ketempat ustaz..

  6. Danial said:

    Assalamualaikum ustaz. pada Jumaat lepas Tok saya meninggal dunia pd pukul 12.50 tgh hari. Pd 2 hari lepas slps seminggu Tok sy meninggal, kakak sy yg tinggal di Shah Alam ada alami lebam dan kelihatan kehitaman di kedua belah pergelangan tgnnya. Mlm itu kami tidur di kampung. Apakah ada kaitan kehitaman tersebut ? Wallahu`alam

  7. Aidasuhana said:

    Salam…adik ipar saya adalah seorang bomoh.dia juga mempunyai pen damping..perkara ini, dia telah mengaku dihadapan saya dan juga suami saya..setelah dinasihati..dia tetap enggan membuang ilmunya itu..apa yg buat saya bimbang ialah pada suatu hari nanti,’pendamping’ tersebut mencari penganti tuannya..kerana saya ada seorang anak lelaki..manakala adik ipar saya tak punya waris..bolehkah pihak ustaz, membuang ilmu diamalkn oleh adik ipar saya?

  8. Yasmin said:

    Assalamualaikum,
    Saya dan suami telah mendirikan rumahtangga selama 6 tahun ++, tetapi sehingga kini kami belum dikurniakan zuriat. Kami telah berjumpa doktor dan didapati suami saya mempunyai masalah kesuburan. Namun begitu, kami telah mencuba kaedah iui sebanyak 3 kali, namun gagal. Perancangan kami seterusnya adalah untuk melakukan IVF , tetapi sebelum meneruskan dengan perancangan itu, saya ingin memastikan yang kami berdua bebas dari gangguan jin dan sihir.
    Saya agak gusar kerana keluarga suami saya ada berkait dengan benda mistik ini.
    Bolehkah saya datang ke Darulsyifa untuk pihak ustaz melihat “keadaan”sebenar kami.

  9. khairul said:

    assalmualikum…saya ada masalah was-was yang teruk..kadang2 bisikan didalam hati terlalu kuat..smapai nk solat pn ssh…saya amat takut ustaz

  10. roslaili bt harun said:

    assalamualaikum ..rawatan tepuk santau untuk pesakit perempuan.tq

  11. roslaili bt harun said:

    maaf.maksud saya rawatan tepuk untuk pesakit perempuan ada tak di sini ?

  12. siti norazwany said:

    assalammualaikummm…sya nk tnya rawatan utk resdung ada x

    • Waalaikumussalam, kita tidak ada rawatan khusus untuk resdung tetapi kita hanya mendoakan pada air & pesakit. Terima Kasih

  13. assalamualaikum ustaz…semenjak2 nie sy slu rsa tergangu malah terdengar bisikkan menyuruh sy ambik benda tajam untuk mencederakan diri atau org laen..sy amat bimbang tntg ini sy amalkan zkir namun sy terasa mengigil juge pening..sy mohon pencerahan tntg hal ini adakah sy patut ke pusat rawatan ustaz dgn segera? Sy amat stress memikirkn hal ini..bntulah sy ustaz…

    • InsyaAllah kita cuba ikhtiarkan rawatan. Cik/puan Ana boleh datang ke mana-mana pusat rawatan yang berhampiran. Terima Kasih.

  14. Shusilawati said:

    Assalamualaikum wbt..
    Saya ingin menanyakan tentang masalah kesihatan emak..Hampir seminggu emak saya sakit tangan dari paras bahu hingga ke paras lengan.sudah da bermacam ubat doctor ambil, tapi masih belum sembuh…makin hari makin sakit sampai tak boleh bangun.
    ada tak cara lain untuk mengubati sakit emak saya.

    • Waalaikumussalam, Shusilawati boleh bawa emak ke Pusat Rawatan untuk dirawat. Kalau tak boleh bawa emak, boleh bawa air sahaja untuk didoakan. Terima Kasih

  15. Maziah said:

    Assalamualaikum, tuan
    Emak saya lumpuh kaki dan tgn. Setiap mlm suka meracau.. Dr kata x ada apa2 .Perut bsr sgt bdn brt nk agkt pun kena ramai . Boleh ustaz ubat kan.. lokasi jeniang, kdh.

    • Waalaikumussalam, Puan Maziah boleh berhubung dengan perawat Darussyifa’ Sungai Petani atau Baling. Harap dapat membantu.

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Sungai Petani
      Masjid Sungai Lalang,
      08000 Sungai Petani,
      Waktu Rawatan :
      Rabu
      9:30 mlm ~ 11:30 mlm
      Sila hubungi :
      Ustaz Ishak Abdullah
      HP: 019-471 8901
      Ustazah Sara
      HP: 019-574 6289

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Baling
      Surau Taman Sri Landak,
      09200 Kupang, Baling, Kedah
      Sila hubungi :
      Ustaz Mohamad Sobri B. Hamid
      HP: 019-540 4867 / 019-523 6993

  16. Aiman Aziz said:

    Assalamualaikum ustaz. Sy mngalami gatal satu badan selepas mandi. dari dlu lagi sy mngalami kegatalan.. sy telah brubat byk doktor dan byk duit habis tp hnya btahan sekejap jaa.. Sy xtahan bila bertahan lama2

    • Waalaikumussalam, En. Aiman boleh datang ke mana-mana pusat rawatan terdekat untuk didoakan. InsyaAllah setiap penyakit ada ubat. Amalkan membaca Surah Al-Fatihah dan Ayat 83 Surah Al-Anbiyaa’ 7 kali selepas solat setiap hari dengan niat untuk dijadikan ubat/penawar. Kesembuhan hanya milik Allah. InsyaAllah.

      • aiman said:

        lgpon sy tinggal di guar chempedak. dkt mana tmpt yg berdekatan ye?

      • Aiman boleh ke pusat rawatan Sg. Petani di Masjid Al- Makmur Sg. Lalang. atau Taman Malaysia, Alor Setar. Terima Kasih

  17. nabihan said:

    Assalamualaikum..
    Sy selalu merasa ada gerakan di belakang badan sebelah kanan sejak 2 bln yg lepas.tetapi tidak sakit dan bukan setiap hari.kadangkala bahagian yg sama terasa kebas.adakah kemungkinan sy diganggu sesuatu? Setakat ini tiada perkara pelik lain yg berlaku..

    • Waalaikumussalam, moga-moga Allah berikan kesembuhan. Nabihan boleh datang ke pusat rawatan untuk diruqyah dahalu. Kalau ada masalah baru kita lakukan rawatan susulan. Adalah lebih baik sekiranya Nabihan berjumpa doktor juga untuk pemeriksaan. Terima Kasih.

  18. Assamualaikum saya nk tanya,rawatan hanya dibuat pada hari isnin saja kah?

    • Waalaikumussalam. Harap membaca posting di atas. Terima Kasih

      Waktu Rawatan :
      Isnin : 8.00 mlm. – 11.00 mlm.- majlis zikir dan rawatan
      Khamis : 4.00 ptg – 6.00 ptg
      Sabtu : 3.00 ptg – 6.00 ptg.

  19. badrul said:

    Assalamualikaum Ustaz.
    Anak saudara saya berusia 2 bulan mengalami penyakit kepala berair. Kepalanya semakin membesar dan doktor minta untuk buat pembedahan memasukkan tiup di kepala utk keluarkan air. Adakah cara perubatan islam bagi mengubati penyakit ini.

    • Waalaikumussalam, InsyaAllah, kita hanya berikhtiar dengan memohon pertolongan daripada Allah. Yang pasti kesembuhan itu milik Allah.

  20. siti syazana bt md saad said:

    Assalamualaikum..tuan,
    Ayah saya menghadapi sakit di dalam perut..tp keluarga x pasti penyakit apa yg sedang dihadapi..dah bnyak kali bawa pergi hospital tp tetap tidak sembuh…setiap kali mkn..ayah saya pasti akan sakit dan smpai sekarang ayah saya tidak boleh membuang air besar..hmpir sebulan..jadi adakah tuan mempunyai rawatan utk penyakit seperti ini..

    • Waalaikummussalam. InsyaAllah, Siti boleh bawa ayah ke pusat rawatan terdekat. Kita cuba ikhtiarkan.

  21. Norizan bin Chik said:

    Assalamualaikum…..anak perempuan saya dipercayai terkena SANTAU.bolihkah saya mendapatkan rawatan di sini.

  22. mohd rozaime bin hamid said:

    Assalamualaikum ustaz, mak saya kena stroke . Nk g jumpa ustaz hari ni jam 3 ptg boleh

  23. InsyaAllah, datang terus ke pusat rawatan pkl 3 ptg

  24. Liena said:

    As salam, abg sy meracau teruk dan perlukan perubatan islam. Dia berbadan besar dan kami semua tak berupaya utk bawak dia keluar dri rumah utk ke pusat rawatan di alor setar.mohon pihak ustaz dtg kerumah boleh? Amat brharap ustaz dpt dtg dan membantu abg sy.

  25. ahmad firdaus osman said:

    salam.saya nak tanya mengenai kursus perubatan islam darussyifa.bila dibuka untuk pendaftaran dan berapa yuran.

  26. mohamad zaid said:

    Assalamualaikum…ustad blh sy btnya…makcik saudara sy dia selalu ternampak bnda yg bkn2…maksudnya sering dganggu makhluk halus..blhkah sy mdapatkan rawatan…sy ddk di area penaga,penang..kalau blh..bgaimana dgn temujanji yg perlu dbuat..

    • Waalaikummussallam, Zaid boleh ke pusat rawatan yang terdekat. Harap info dibawah dapat membantu. Terima Kasih

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Bertam
      D/A Surau At-Taqwa,
      Taman Bertam Indah,
      13200 Kepala Batas,
      Pulau Pinang
      Jumaat
      8:30 Mlm ~ 12 Mlm
      Ustaz Megat Fauzi
      HP: 012-5564406
      Ustaz Burhan
      HP: 016-4713135
      Ustaz Rizal
      HP: 019-4495475
      ——————————————–
      Pusat Rawatan Masjid Negeri Pulau Pinang
      D/A Kelas KAFA
      Masjid Negeri Pulau Pinang,
      11400 Pulau Pinang
      Ahad
      8:30 pg ~ 12.30 tgh
      Ustaz Fadzlee
      HP: 013-4434393
      Ustaz Azmi
      019-4786980
      Ustaz Syamsul
      HP: 019-3110345
      Ustaz Fazli Ahmad
      HP: 013-4852402
      ——————————————-
      Pusat Rawatan Darussyifa’ Kepala Batas
      728, Jalan Perak,
      13200 Kepala Batas,
      Pulau Pinang
      Rabu
      8:30 mlm ~ 11.00 mlm
      Ustaz Mohd Hairi
      HP: 017-4429942
      Ustaz Ab Mutalib
      HP: 013-4756316
      Ustaz Zahirudin
      HP: 019-4945947
      —————————————–
      Pusat Rawatan Darussyifa’ Permatang Rawa
      Surau Permatang Rawa Tengah,
      14000 Bukit Mertajam,
      Pulau Pinang,
      (Berhadapan Petronas Permatang Rawa)
      Khamis
      8:30 mlm ~ 12.00 mlm
      Ustaz Salehuddin
      HP: 012-3003424
      Ustaz Syakrani
      HP: 012-4605691
      Ustaz Muhammad Izham
      HP: 0124440397

  27. intan said:

    assalamualaikum ustaz, boleh saya tahu tanda tanda seseorang itu terkena gangguan? terima kasih

  28. Che Hasma Yahya said:

    Ustaz, saya sekeluarga mengalami gatal2 badan dan makin teruk kebelakangan ini. Kadang2 bibir dan badan bengkak2. Adakah boleh disembuhkan.

  29. nurul said:

    assalamualaikum ustaz,
    kakak saya di sahkan kanser sarcoma dimana kanser ini tidak boleh diubati dengan kimoterapi. Dr, menasihatkan supaya berubat secara alternatif. Ayah saya juga telah membawa kakak saya kepada seorang ustad (kenalan ayah), ustad itu mengatakan itu bukan barah tetapi lemak. Adakah kes seperti ini sebelum ini dan boleh kah ia disembuhkan?

  30. nur syifa said:

    Assalamualaikum
    ..saya hanya mahu datang minta nasihat dan pendapat..boleh?waktu operasi pagi tiada ke?

    • Waalaikumussalam, saudari boleh datang ke Pusat Rawatan pada waktu rawatan sahaja. Terima Kasih

  31. perindu said:

    Assalamualaikum.. sya nk tnya .. sya bermimpi menyusukan bayi.. realitinya sy blum kawin.. apakah malsud mimpi tu?

  32. nadia said:

    Assalamualaikum,saya kerap mngalami masalah senggugut yang kuat,ada rakan bacakan beberapa surah,alhamdulillah sebggugut kurang,tapi sakit di tulang belakang dan pinggang.sehingga mengganggu aktiviti harian saya.ada kaedah perawatan x

  33. suraini said:

    Assalamualaikum, baru2 ini anak saya secara tiba2 berlari naik atas jalan raya.start daripada itu anak saya deman tidak mahu minum susu dan makan, asyik termenung dan xaktif,mlm2 suka mengigau dan tidur2 ayam…bila ank saya buka mata saya akan bertanya kenapa?…secara automatic air mata ank saya mengalir…

    • Waalaikummussalam, puan Suraini boleh bawa anak ke Pusat Rawatan, InsyaAllah kita cuba bantu. Terima Kasih

  34. nurlizawati said:

    Assalammualaikum…ustaz sy nk tny…ape tanda2 org kena busung…kawan sy cakap sy kena busung….di sihir….
    Boleh x ustaz tolong sy dn mcm mn sy nk dtg ke tempat ustaz….sy berada di alor star…

    • Waalaikummussalam,Nurlizawati boleh datang ke Pusat Rawatan Darussyifa’ di Taman Malaysia. No.299, Taman Malaysia, (Jalan Pumpong) Lebuhraya Darul Aman, 05250 Alor Setar, Kedah. Terima Kasih.

  35. Assalamualaikum Ustaz…. Mak saya sakit didalam kepala dan telah membuat MRI dan didapati salur darah ke otak telah bengkak. Dr telah memberi cadangan untuk membuat pembedahan, sebab jika salur darah tersebut pecah akan mengakibatkan Stroke… ada kaedah rawatan tak untuk kes sebegini… pohon pencerahan Ustaz

    • Waalaikummussalam, kaedah rawatan untuk semua jenis penyakit adalah sama iaitu melalui doa2, ayat-ayat Al-Quran dan penggunaan bahan air. InsyaAllah kita cuba ikhtiarkan dan tolong doakan. Rawatan melalui hospital atau keadah moden juga adalah perlu kerana doktor memang mempunyai kepakaran. Semoga Allah memudahkan segala urusan.

  36. zabidi ibrahim said:

    Assalamualaikum..ustaz
    saya nak bertanya saya selalu dpat bisikan dlam hati yang menganggu pikiran saya smpai tidak bergaul dengan orng..
    saya jugak slalu mengalami masalah dlam hubugan keluarga.
    say dah cuba cri tmpat untuk berubat tapi tak berkesan..

  37. Tashya said:

    Assalamualaikum ustaz.
    Malam tadi sy ada dengar bacaan ayat2 ruqyah.
    Lepas tu sy jd pening, mengantuk, loya, tak sedap perut, ada benda bergerak di bahagian kaki dan pinggang, batuk dah asik sendawa.
    Itu antara sebab badan sy di huni jin ke?
    Sy juga sukar mendapat jodoh dan darah haid berpanjangan selama lebih sebulan.
    Kadang2 bila hendak tido, sy bru je tutup mata, sy terus ternmpk wajah2 yg mengerikan dan buat sy susah hendak tido.

    • Waalaikummussalam, Cik Tashya boleh datang ke Pusat Rawatan terdekat. InsyaAllah kita ikhtiarkan rawatan.

  38. assalammualaikum, sy hendak menanyakan sesuatu yg amat penting. dlm badan sepupu perempuan sy ada makhluk halus seperti pelesit. dan bagaimanakah kaedah untuk membuangnya dari badan? cara rawatan dia bagaimana? melalui tradisional mcm mana pula? adakah berasakan batin? sy mohon pertolongan dari pihak tuan. allahurabbi.

    • Waalaikummussalam, Cik Fara boleh membawa pesakit ke pusat rawatan Darussyifa’. InsyaAllah pesakit akan dibacakan Ruqyah Ayat2 Al -Quran dan doa. Semoga Allah memberi kesembuhan.

  39. assalammualaikum..ank sy berusia 5 bulan..setiap mlm dia asyik menangis..smpai 1 tahap km sekeluarga dh xtau nk bt mcm mn..bleh x pihak tuan tgk ank sy..

  40. Salam…suami saya seorg penagih dadah…baru baru nie dia excident…kemudian dia telah admit wad…saya nk Tanya Ade x air penawar untuk bg dia hilang ketagihan n untuk bhenti serta merta…serta hilang untuk pikir bnda tu lg…
    Trima kasih

    • Salam puan, kita di sini hanya berikhtiar, hanya memohon kepada Allah. Kesembuhan dan hidayah semuanya milik Allah. Yang pasti kita kena usaha. Lebih-lebih lagi pesakit. Kalau pesakit ada keinginan untuk berubah InsyaAllah. Moga-moga Allah beri kebaikan dan kesembuhan.

  41. nor munirah bt mohd shukri said:

    Ustaz nk tnya,klau jin tu dah sebati dalam bdn seswg tu,ia blh mdrat kt org lain tak

  42. Ahmad Tarmizie B Ahmad zamri said:

    assalamualaikum..sy ingin brtya bgaimana skiranya sy ingin mempelajari brubatan islam darul shifa?

    • Waalaikumussalam, kalau berminat En Ahmad Tarmizie boleh datang ke Pusat Rawatan Taman Malaysia dan ambil borang.

  43. Assalamualikum..sy nak minta pendapat ustaz..sy ada masalah tuk bersama suami.bagai tiada nafsu..dan sy pernah terbaca tnda2 terkena sihir pemisah..macam mana sy nak tahu adalah sy sudah terkena sihir atau sebaliknya..

    • Waalaikumussalam, Puan Siti boleh datang bersama suami ke pusat rawatan. Kita akan bacakan doa-doa ruqyah. InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya.

  44. InsyaAllah..sy akan kesana dalam masa terdekat ni..

  45. Hamid said:

    Boleh datang membuat rawatan di rumah bapa mentua tidak boleh bangun Dan berjalan.- Tmn Sri putera Kuala Kedah.

  46. Mohd shahir bin abd razak said:

    Salam….
    Nak buat rawatan kena buat temu janji tak

  47. noor farhana bt aziz said:

    asalam…baru2 ni sy ada jumpa seorang ustaz..dia bgtaw ada saka dari keturunan sering ikut saya kemana-mana..masalahnya selama ni saya xthu dan sy xmau benda ni ada pd saya dan keluarga..sejak akhir2 ni saya tak boleh tuidur dan anggota badan sering lenguh2..saya nk tny macam mna nk buang dan perlu bawak dak anggota keluarga yang lain sewaktu nk berubat..terima kasih

  48. assalamualaikum ustaz,
    sy nk mohon perubatan untuk abg sy..bila blk kerja waktu maghrib sj dia akn mengamuk..kami dh tak tahan dengan perangai dia..adakah perubatan yg blh smbuhkn sikap abg sy ni?..

    • Waalaikumussalam. IsyaAllah, setiap penyakit ada ubat. Kita hanya berikhtiar, semoga Allah beri kesembuhan.

  49. Assalamualaikum..ustaz sy nak tnya..baru2 ni sy kerap alami sakit d tulang blakang belikat..apabila sy mendegar bacaan rugyah sy selalu pening n rasa xsedap badan..sy jugak ada.mgalami mimpi yg pelik2..seperti mimpi buaya,anjing dan tempat tinggi..adakah ada benda2 yg x di ingini d badan saya

    • Waalaikumussalam, saudari boleh datang ke pusat rawatan untuk diruqyah. Sesungguhnya kita tidak dapat melihat benda-benda ghaib. Terima Kasih.

  50. Pn.azza said:

    Assalamualaikum ..
    Sy nk bertanya …
    Suami sy demam panas ..
    Dan menggigil ..
    Panas dia Tggi sangat2 ..
    Akan tetapi dia akan jadi demam pada waktu malam ..
    Dari jam 2 pagi hingga subuh ..
    Lepas waktu subuh suhu panas dia kembali seperti biasa .

    #tapi yg menjadi tanda tanya pada saya adalah
    Suami akan rasa reda bila kedengaran ayat suci al Quran dan azan subuh …

    Sy ingin membawa suami ke pusat rawatan ..
    Tetapi di fahamkan hari Ni ( Ahad tutup )

    • Waalaikumussalam, untuk makluman puan, pusat rawatan akan dibuka kembali selepas raya.

    • Waalaikumussalam. Untuk makluman puan, pusat rawatan telah bercuti pada minggu ini dan minggu hadapan sempena hari raya aidilfitri. Adakah suami puan telah mndapat rawatan di klinik/hospital ttg punca penyakit. Jika Dr. mengesahkan tiada penyakit fizikal, maka datanglah ke pusat rawatan. InsyaAllah kita cuba ikhtiarkan rawatan.

  51. Syasya said:

    Saya bukan Islam. Blh saya dapatkan rawatan?

  52. Noor roziatul iffa bt abu bakar said:

    Assalamualaikum .. Kakak saya dua tiga hari ni kakak saya sering diganggu . makhluk halus mungkin sbb dia rasa meremang tak kira siang malam. anak dia yg bongsu pon sering nangis2 malam. . bila tnya kenapa menangis, dia jawab takut . jadi saya cadangkan dekat dia utk dapatkan rawatan dekat sini . jadi boleh saya tahu berapa byaran utk rawatan . mohon pencerahan .

    • Waalaikumussalam, untuk pengetahuan puan, rawatan di semua pusat rawatan Darussyifa seluruh Malaysia adalah percuma. Kita hanya menjual air 1.5 liter rm2.00 dan 5.5 liter rm7.00 sebotol. Terima kasih.

  53. Azlan ahmad said:

    Assalamualaikum wbkt ustaz..sy ada msalah keguguran rmbut yg truk..bkn sprti yg dialami oleh kebanyakan..rambut sy sudah mula botak bertompok tompok..sudah hampir sethun..sudah byk rwtan moden dibuat..tpi masih sama..boleh ustaz mrwat kes sy ni..

    • Waalaikumussalam, En. Azlan boleh datang dahulu ke pusat rawatan dan berbincang dengan perawat. Kaedah darussyifa hanyalah mendoakan pesakit, kesembuhan hanya milik Allah. Trima kasih

  54. Assalamualaikum,ustaz..akhir² ni sy sering mengalami gangguan emosi..bila di tempat kerja,sy x boleh focus.bila di rumah,sy akan menyendiri.bila mlm sy sukar tidur.sy tinggal di kulim.bolehkah sy dapatkan rawatan utk masalah sy ini di darussyifa’ kulim?

    • Waalaikumussalam. Saudari boleh terus ke pusat rawatan yang berdekatan. Yang paling penting jaga hubungan dengan Allah. Solat awal waktu, setiap hari kena baca Quran, banyakkan istighfar, zikir dan selawat kepada Nabi. InsyaAllah jiwa akan tenang. Jika hati kita ada Allah kita dapat segalanya, jika tak ada Allah maka hilang segala nikmatnya. Hidup jadi porak peranda. Wallahuaklam.

  55. ilynaf said:

    salam ustaz, saya ingin bertanya,

    saya amat kerap bermimpikan ular berbisa selama bertahun-tahun, penah sekali saya mimpi ular mematuk mat kiri saya, sekarang mimpi ular masih kerap lagi terjadi, dan baru-baru ini, saya termimpi akan ular besar, dan dikelilingi oleh beberapa ular kecil, sebahagian dari ular kecil tersebut, memaut lengan saya,namun pautannya terlepas, dan ular tersebut memaut semula.Pesoalannya, adakah saya perlu mendapatkan rawatan di darussyifa, ataupun mimpi saya ini, hanyalah mainan tidur

  56. Misha Haqimi said:

    Kebanyyak jawapan dr pihak darussyifa adalah “sila datang ke pusat rawatan”…

    Tiada jawapan kepada persoalan2 pesakit…

    Adakah komen sy ini juga akan dibalas “sila datang ke pusata rawatan dengan segera ?:

  57. Siti aishah bt abdullah said:

    Assalamualaikum..tuan,
    Sy aishah…shbt sy excident…3 tulang blkg dy ptah kaki dy pon sma…skrg dy pkai besi…da sthun lebih dy xblh jln. Tpy skrg alhmdulillah la…dy da blh jln skit tnpa pkai krusi roda. .kaki dy sblh jdi xda rsa…lemah…xblh nk tendang..adkah rawatan yg blh menyembuhknnya…

    • Waalaikumussalam. InsyaAllah kita cuba bantu. Kita hanya mengikhtiarkan, Allah lah pemilik kesembuhan

  58. abu zarrin said:

    Asalammualaikum ustat…
    Saya abu zarrin bin md halil…
    Saya cuma nk tanya dan mndpkn info…
    Ada atau tidak ada ustat zainon ( zack)
    Dan ustat zukifli isa…
    Didalam kumpulan darusshifa…

  59. amirah said:

    Assalamualaikum ustaz,sy tinggal di alor setar,pusat darussyifa terdekat dengan rumah ialah di jalan pegawai dan jalan pumpong,,tp sy rs kan gangguan msh berada dirumah,kerana sdh kali ke 3 mak sy dpt gangguan dan kali terakhir ialah pd 23/11 baru2 ini dan kali ini melibat adik bongsu saya,sy hanya sempat paggil org2 berdekatan utk berubat kerana waktu itu sdah jam 11mlm..org tersebut bg tau yg gangguan msh ada d rmah sy…blh ka pihak ustaz dtg berubat di rumah dan mcm mn dgn cas rawatan…terima kasih…sy sgt2 memerlukan bantuan dari ustaz

  60. Assalammualaikum ustaz
    Ibu saya Sekarng kena cancer Nasopharyx
    Skrng dh stage 4.. Boleh kah sy bawa ibu sy ke tempat tuan..
    Sy tggl di sungai.petani.

    • Waalaikumussalam. Insyaallah cik/ puan boleh ke pusat rawatan terdekat Darussyifa Sg Petani di masjid Andalusia Laguna Merbok. Terima kasih

  61. Puan Yusmiza said:

    Assalamualaikum ustaz..saya nak ceritakan kes saya nih..masa mengandung saya gatal tangan sebelah kiri..dan sesekali ada rasa nyut2 ditempat yg gatal..saya asyik garu dan sampai tinggal bekas nya..sehingga bby saya umur 6 bulan..tangan kiri saya masih ada kesan parut Pastu kesan parut tu ada rasa keras skit..dan tangan kiri saya tak Leh gengam rapat…saya ada berubat rawatan kampung..bomoh tu mengatakan saya terkena buatan org..adakah rawatan penyakit saya kat darussyifa??

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Seeloknya puan perlu mendapatkan rawatan/melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital untuk memastikan punca penyakit dahulu. Sebab penyakit ini penyakit fizikal. Kalau sudah disahkan oleh Dr. ia bukan penyakit fizikal barulah kita mulakan rawatan rukyah. Semoga diberi kesembuhan oleh Allah. Terima kasih

      Nota : Majoriti masyakat melayu lebih percaya kepada bomoh drp perubatan moden itu sendiri.

  62. Hanna (samaran) said:

    Assalamualaikum. Keluarga sy baru ambil alih kedai. Tp org2 sekeliling cerita kata mmg asa org hantar benda kat kedai tu masa owner dulu2, menyebabkan org lalu lalang xnampak pun kedai tu. Ada penyelesaian kah atau apa2 rawatan kpd masalah ni? Jika ya, adakah pihak tuan akn dtg ke kedai, dan brp anggaran harga nye? Terima kasih.

    Yang tgh buntu dan perlukan pertolongan segera.

  63. nrul fadlina said:

    assalamualaikum.. sya dah 3 thn kawen.. tapi belom ada zuriat.. sya dah 5x keguguran sepanjang berkawen.. adakah sya terkena gangguan???

    • Waalaikumussalam. Semoga puan dikurniakan zuriat dan diberi kesembuhan. Adalah lebih baik kalau puan boleh datang ke pusat rawatan untuk berjumpa dan berbincang dahalu dengan perawat. InsyaAllah boleh diikhtiarkan rawatan. Perawat akan merukyah dan memberikan amalan pelindung diri.

  64. shahril said:

    Assalamualaikum Tuan..sblm raya haritu sy mcm d serang jantung sbb sakit dada & kebas tangan kiri..bila ke hsptl Doktor hanya suspek sy kena jantung sbb ujian ECG(jantung) tidak normal sedikit..tp bila ujian kali yg ke 2,3,4,5 dh normal & ujian darah pon normal.. Tp bila balik sy jd mcm X sedap badan & letih n sakit dada sikit2..doktor X bg apa2 ubat utk saya..jd persoalan nya boleh kah sy cuba ikhtiar dgn perubatan islam?

    • Waalaikumussalam. InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Kita hanya ikhtiarkan, Allah yang memberi kesembuhan. Saudara boleh datang ke mana-mana pusat rawatan terdekat.

  65. Leeza deramam said:

    Assalamualaikum.sy nak bertanya boleh ke nak berubat melalui gambar sahaja.

    • Waalaikumussalam. Seelok-eloknya pesakit sendiri yang hadir. Jika tidak, boleh membawa air untuk didoakan dan diberikan kepada pesakit. Terima kasih

  66. Nurul said:

    Salam ustza, kawan saya menghidap kanser paru-paru. perempuan
    Ustaz boleh berubat dengan perubat islam ke ? ye, ini hnya alternatif, selebihnya kita tawakal. brg apa yg perlu sy bawa ? ken dtg selalu ke

    • Waalaikumussalam. InsyaAllah boleh. Kita hanya berikhtiar. Boleh datang dahulu ke pusat rawatan. Untuk rawatan awal hanya menggunakn air sahaja (Sebaiknya air zam-zam/air yang telah baca Yaasin). Jika ada bahan tambhan akan diberitahu kemudian. Terima kasih

  67. mastura said:

    Assalamualaikum ustaz… mak sy mnghidap batuk yg berlarutan… dh bnyk kli check d hosptl… mkn ubat hospital… ubat kampung…tp xda yg berkesan… kdg2 timbul 2 bintik d kaki dy mcm digigit binatang bergigi 2… yg mnghairankn kesan tue jd pada kiri dn kanan pd masa yg serentak… ada x rawatan yg bersesuaian…? lokasi baling…

  68. Puan Siti said:

    Assalamualaikum, nak tanya jam berapa buka Darulsyifa. Hari apa. Kena buat temujanji kah?

    • Waalaikumussalam.

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Taman Malaysia

      Waktu Rawatan :
      Hari Isnin 9.00 malam – 11.00 malam
      Hari Khamis 4.00 – 6.00 petang
      Hari Sabtu 3.00 – 6.00 petang

      Tidak perlu temujanji. Datang dan isi kad rawatan sahaja di kaunter.

      Terima Kasih

  69. Assalamualaikum ustaz, untuk perjumpaan rawatan adakah perlu membuat temujanji dahulu?

    • Tidak perlu temujanji. Datang dan isi kad rawatan sahaja di kaunter pada hari rawatan.

      Terima Kasih

  70. Assalamualaikum ustaz saya selalu rasa macam nak marah2 saja pastu kaki tangan sejuk sakit kepala kenapa ya ustaz

    • Waalaikumussalam. Adalah lebih baik sekiranya Aida datang dahulu ke pusat rawatan. InsyaAllah kita bacakan rukyah dan doakan dahulu. Biasanya akan ada respon daripada pesakit semasa dirukyah samada ada tanda-tanda gangguan atau sebaliknya. Stress juga boleh menyebabkan berlaku simptom diatas. Wallahu’aklam. Semoga Allah memberi petunjuk dan kesembuhan ke atas apa yang berlaku.

  71. Salam. Rumah saya berbau bangkai. Saya dah cari sekeliling rumah dah tapi tak ada jugak bangkai tu. Kalau ustaz datang periksa boleh?

  72. NurHidayah said:

    Assalammualaikum ustaz…rumah saya selalu diganggu oleh makhluk halus…dan yang kena sakitnya mak sya…kakak² saya…paling kerap kena mak saya…akan meracau…menjerit²…rumh saya pn mcam x teng saja…dah byk perubatan islam kmi ikhtiar…dtg pgar rumah…tp tetap jugak jadi…boleh ustaz dtg ke rumah saya?

  73. Assalamualaikum.. Sy ingin membuat rawatan bagaimana cara atau sy perlu buat temujanji terlebih dahulu?

    • Waalaikumussalam. Saudari boleh datang terus ke pusat rawatan. Isi kad rawatan. Nama akan dipanggil mengikut no giliran. Terima kasih

  74. Nisha said:

    Assalamualaikum saya nak tye kawan saya beragama india boleh tengok ke

  75. Nisha said:

    Assalamualaikum kawan saya beragama india boleh tengok ke

  76. Haslinda said:

    Anak sy didatangani mimpi dgn ayat2 quran. Thn lepas dan skrg dia dpt mengubati org yg disihir dan mcm2 sakit misteri. Sy risaukn adakah betul benda ni baik atau sebaliknya. Sbb katanya ada 2 pengasuh yg sentiasa ada dkt anak sy. Sy bimbang perkara ni. Dan klu blh nak dirukyah klu ianya tak baik utk anak sy.

  77. Shah Rizan Bin Abdul Rahman said:

    Asalamualaikum ustaz.. Ada dak rawatan islam untuk bayi yg selalu menangis.. Anak saya umur 2 bulan selalu menangis siang dan malam..

  78. Hashikin said:

    Assalamualaikum. Saya mempunyai masalah keluarga saya. Bapa saya tinggai serumah dengan adik lelaki dan adik ipar. Baru- baru ini bapa saya maklumkan beliau tidak boleh tinggai lagi dengan mereka kerana rasa sda sesuatu yg adik ipar saya lakukan. Bapa saya maklumkan adik lelaki saya juga macam sudah terkena perbuatan jahat dari isterinya melalui makanan yg dimasak. Sekarang adik lelaki saya tidak bekerja dan tidak suka bergaul dengan org lain. Hanya dengan isterinya sahaja. Bagi memastikan apa yg bapa saya cakapkan benar yg adik saya telah di’buat’ oleh isterinya, boleh x saya minta ustaz datang ke rumah untuk berubat adik saya dengan dilihat oleh semua orang bahawa mmg betul@ tidak adik lelaki saya telah diterkena perbuatan jahat. Terima kasih

  79. Rohaidar adan said:

    Saya nak tanya perlu ke membawa pesakit kerana pesakit terlantar..sukar untuk membawanya.

Leave a reply to admin Cancel reply