Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Jenis Rawatan Penyakit

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.

Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.

Oleh itu kami di Darussyifa’ dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.

Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa’ dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan :

  1. Angin Ahmar
  2. Asma (juga termasuk Lelah)
  3. Badi Mayat & Badi Haiwan
  4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
  5. Batu Karang
  6. Benda Tajam dalam Badan
  7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
  8. Buah Pinggang
  9. Buasir
  10. Darah Rendah
  11. Darah Tinggi
  12. Demam Campak
  13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)
  14. Gangguan Emosi
  15. Gangguan Tidur
  16. Gastrik
  17. Gaut
  18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
  19. Gila Merian
  20. Jantung
  21. Kayap
  22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
  23. Kenan & Kecacatan Bayi
  24. Kencing Malam
  25. Kencing Manis
  26. Keselamatan Diri dan Harta Benda
  27. Ketumbuhan
  28. Kolestrol tinggi
  29. Lekat Tulang
  30. Lemah Semangat
  31. Lumpuh
  32. Magrin
  33. Mandul
  34. Mata (pelbagai jenis sakit mata)
  35. Mata Masuk Benda
  36. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
  37. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
  38. Menghentikan Tabiat Buruk
  39. Mudah Lupa
  40. Mudah Marah
  41. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
  42. Nyanyuk
  43. Panas Baran
  44. Pelembut Hati
  45. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
  46. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
  47. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
  48. Pendekat Jodoh
  49. Penerang Hati
  50. Penyakit yang Sukar diubati
  51. Penyelera Makan
  52. Resdung
  53. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
  54. Sakit Kepala
  55. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
  56. Sakit Perut
  57. Sakit Rindu
  58. Santau
  59. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
  60. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
  61. Selsema yang berterusan
  62. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
  63. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)
  64. Sukar Tidur Malam
  65. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

UNTUK MAKLUMAN : RAWATAN DI SEMUA PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA’ ADALAH PERCUMA.

Bayaran hanya untuk air bagi yang tidak membawa air
1. Air Gau Koperasi Darussyifa` 5.5 liter = RM 7.00
2. Air Mineral 1.5 liter = RM 2.00

Comments on: "Jenis Rawatan Penyakit" (116)

  1. aisyah said:

    Salam,hari selasa tak ada rawatan kee?

  2. Hari rawatan hanya pada hari Isnin malam, khamis dan sabtu petang.

  3. hasnah talib said:

    Pusat rawatan di sungai petani tak ada ke

    • Harap maaf, setakat ni belum ada pusat rawatan di Sungai Petani. Saudari boleh ke Bertam atau mana-mana cawangan terdekat.

  4. apa yg perlu dibawa sms rawatan…??ade bayaran tak yg dikenakan…??perlu buat appoinment dulu x…??

    • Untuk makluman, rawatan di Darussyifa’hanya menggunakan doa dan air sebagai bahan asas rawatan (bahan tambahan akan dimaklumkan oleh perawat selepas rawatan sekiranya perlu). Rawatan adalah percuma, manakala air Yassin dan doa di pusat rawatan dijual dengan harga RM2.00 untuk 1.5 liter dan RM7.00 untuk 5.5 liter. Sila datang terus ke pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan. Terima Kasih.

  5. hari sabtu tu masa rawatan adalah dr pukul 3-6 petang…perlu ke kita pergi awal utk pendaftaran dsbnya…???

  6. Kalau kat jitra kat mana pusat rawatan ini? Blh bagi alamat dan no telefon untuk dihubungi x?

  7. Darussyifa’ tidak ada cawangan di Jitra, sila ke pusat rawatan berhampiran, sila rujuk maklumat di sebelah kanan website, ada alamat dan no telefon sekali, terima kasih.

  8. NOR AZILA BT AYOB said:

    SALAM.PUSAT RAWATAN INI DAERAH BALING ADA TAK?

  9. Waalaikummussallam, tidak ada pusat rawatan di Baling, hanya seperti alamat yang tertera di sebelah sahaja. Tetapi untuk rujukan perawat boleh hubungi : USTAZ MOHAMAD SOBRI B. HAMID (019-5404867) PONDOK UST. BAKAR,PARIT PANJANG, 09200 BALING, KEDAH

    • Ahmad Nazri said:

      Ayah saya sakit kayap hampir satu bulan dah kering tapi masih sakit di dalam perut
      minta khidmat nasihat
      Nazri Baling Kedah

      • Encik nazri boleh menghubungi pusat rawatan berhampiran :

        Pusat Rawatan Darussyifa’ Baling

        Surau Taman Sri Landak,

        09200 Kupang, Baling, Kedah

        Sila hubungi :

        Ustaz Mohamad Sobri B. Hamid

        HP: 019-540 4867 / 019-523 6993

      • Penyakit kayap mungkin telah berjangkit ke bahagian dlm. Walaupun kayap telah kering ttp masih ada rasa sakit. En. Nazri boleh mencari kayu sepang utk digunakan sebagai herba, dikikis serbuk/direndam kayu dicampur dgn air dan dibuat minum. Sila berhubung dgn Ustaz Sobri Darussyifa’ Baling untuk memudahkan urusan. Terima kasih.

  10. salam,tumpang tanya..sy ada kemusykilan penyakit..dimuka mcm ada benda bergerak2 dan terbang2..tp tgk cermin xnampak apa pun..angin dari hidung dan mulut buat org sekeliling batuk,selsema dan gatal2..ada pengalaman tak?

    • Waalaikummussalam. Saudara Zam mungkin boleh datang pusat rawatan, kita bacakan ruqyah dahulu baru kita respon masalah yang saudara hadapi, mungkin juga sebab resdung ataupun masalah lain, Wallahua’lam.

  11. assalamualaikum, saya ada satu masalah tentang ayah saya. saya tidak pasti sama ada apa yang berlaku berkaitan penyakit nyayuk atau benda halus. boleh tak tuan terangkan kepada saya sekiranya apa yang terjadi pada ayah saya ini adalah sakit kerana tua atau lain. simptom yang ada makan setiap masa, bagi orang yang normal pun tentu ada waktu2 untuk kita makan.

  12. ROSNAH AHMAD said:

    Bagaimana untuk merawat pesakit yg telah sakit selama 30 tahun kerana terkena sihir? sekarang berada Rumah dirumah jagaan kerana keluarga tdk mampu menjaga nya kerana setiap kali sakit pesakit bertindak agresif . Telah dimasukan beberapa kali ke Hospital Tanjung Rambutan.

  13. Assalamualaikum, sy nk tnya rawatan bleh d buat d rumah tak. Rumah sy ada gnguan toyol yg bpanjangan, dh buang toyol2 tu,tp d hantar lg. Memg bertjuan utk mencuri duit mak saya. Mak sy alhmdulillah sihat tiada gangguan. Apa yg perlu sy buat?

  14. salam saya nak bertanya saya nak buat temujanji untuk rawatan ayah saya pada hari sabtu iaitu esok 18 Mei 2013…nak tanya nak kena bawa apa.air @ garam untuk persediaan

  15. asslamuailaikum..saya nak tanya ada rawatan untuk penyakit gangguan degupan jantung x??? jantung berdegup terlalu laju

    • In Sya Allah kita ada doa-doa yang boleh diamalkan. Datang ke pusat rawatan, kita bacakan ruqyah dahulu, baru kita teruskan rawatan susulan.

  16. lydiawani bt che ismail said:

    salam, kalau pesakit yg dikatakan menghidapi mild stroke, kena bawak dia ke pusat rawatan ke?

    • Salam, Seelok-eloknya bawa pesakit kalau x menjadi masalah. Kalau x boleh datang kita hanya doakan pada air sahaja. Terima Kasih.

  17. ROZAINI BT HASHIM said:

    saya nak tanya di uum di buka lagi ka

  18. Suzaini Mohamad said:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya Su dari Alor Setar, saya ada beberapa masalah yang ingin ditanya dengan ustaz walaupun xpasti apakah penyakit ini ada kaitan dengan gangguan emosi atau gangguan makhluk halus….

    Sejak beberapa bln ini, saya sukar untuk solat… hendak melakukan solat tetapi terasa seperti tidak boleh /tidak mahu solat….. saya juga kerap marah2 dan sukar mengawal perasaan marah padahal saya tidak seperti itu…. saya sukar mengawal marah hingga hendak mencederakan anak sy yg berumur 2thn apabila dia membuat perangai…. saya sedar ia xsepatutnya berlaku tetapi saya tidak dapat mengawal perasaan…

    kdg2 saya berasa takut berada dirumah dan mudah terkejut tanpa sebab…

    saya berasa sedih apabila memikirkan perkara ini… saya juga mengalami sakit mata dan kepala akibat resdung hingga menjejaskan kesihatan saya.

    Apakah ada rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit ini dan dapat menenangkan perasaan saya atau cara untuk saya mengawalnya….

    Terima kasih, harap dapat membantu….

  19. mohd halief said:

    Assalamualaikum…ni leh sembuhkn sakit sawan tido x?

    • Insyaallah, setiap penyakit ada ubat, kita hanya mengikhtiarkan, Allah yang akan memberi kesembuhan.

  20. mohd ridzuan said:

    salam… mcm mana bayaran untuk rawatan?

    • Rawatan adalah percuma.
      Bayaran hanya untuk air bagi yang tidak membawa air
      1. Air Gau Koperasi Darussyifa` 5.5 liter = RM 7.00
      2. Air Mineral 1.5 liter = RM 2.00

  21. Salam. Sy nk tya… Baru2 ni ank sy dmn n dia kena sawan deman pns…. Blh ka sy brubat dia dkat darulshifa… Dia baru kali pertama kena….mungkinkah lps brubat dia akn pulih n xdak tarik lg….tk
    Bertam kat mana

    • Insyaallah, kita ikhtiarkan. Kepada Allah kita mohon kesembuhan. Puan boleh datang ke mana-mana Pusat Rawatan terdekat.

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Bertam :
      D/A Surau At-Taqwa,
      Taman Bertam Indah,
      13200 Kepala Batas,
      Pulau Pinang.

      Jumaat
      8:30 Mlm ~ 12 Mlm

      Ustaz Megat Fauzi
      HP: 012-5564406
      Ustaz Burhan
      HP: 016-4713135
      Ustaz Rizal
      HP: 019-4495475

  22. As-salam,
    Mohon bertanya, saya ada anak tingkatan 4, sejak kebelakangan ini dia mula ponteng sekolah dan berkawan dengan kawan-kawan yg malas sekolah dan menghisap rokok.

    Sekiranya saya ingin membawa anak saya berjumpa ustaz, apa yang perlu dibawa?
    Ada tak cawangan di Kangar?

    Terima kasih

    • Waalaikummussalam. En Azmi hanya perlu bawa anak sahaja.
      En. Azmi boleh ke Pusat Rawatan Darussyifa’ Perlis

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Perlis
      No 324, Batu 13/4,
      Kampung Santan Kota,
      Jalan Santan
      01000 Kangar, Perlis

      No. Tel : 017-4100230 012-4100988 019-4551494

      http://darussyifakperlis.wordpress.com/

  23. assalamualaikum,utk rawatan di sg.petani,di mana?

    • PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA` SUNGAI PETANI
      Masjid Al-Makmur, Sungai Lalang , 08000 Sungai Petani, Kedah.
      Setiap hari Rabu Selepas Solat Isyak.

      • saya tgok dkt website,ada juga tulis mcm ini.ini pusat rawatan darussyifa juga ka?
        Untuk Rujukan di Sungai Petani:
        Ustaz Shahzan Azmi Raja Mukhtaruddin
        HP: 019 – 4762966
        No. 44, Lorong Murni 3,
        Taman Ria Murni,
        08000 Sg. Petani

      • yg ni pusat darussyifa juga ka?

  24. Nursuhada said:

    salam.. semua darussyifa’ rawatan percuma ke ?

  25. noor fazlieza said:

    assalamualaikum…memandangkan pd bulan puasa operasi bermula selepas tarawikh.. jikalau anak kecik yg ada sawan tangis perlu ke bawa ank ke pusat rawatan? ataw boleh sekadar ayah kpd anaknya shj yg pergi?

  26. nasir hashim said:

    Assalamualaikum..
    Nk tnya..
    Anak kwan sya sllu jdi tarik, xdemam pun jd tarik jgk..dah 2 3 kali dah jd mcm tu..
    Duk tido elok2 tiba2 tarik..
    Ada jlan pnyelesaian x ustaz..

    • Waalaikummussalam, untuk makluman encik Nasir penyakit tarik ini dikategorikan sebagai penyakit sawan atau dikenali (sawan tarik). Penyakit ini biasanya disebabkan demam panas yang terlalu tinggi semasa kecil atau masalah kesihatan yang lain. Jika tidak dirawat dari kecil, penyakit ini boleh berlarutan sampai ke peringkat dewasa walaupun tidak demam. Insyaallah kita cuba ikhtiarkan rawatannya.

  27. puan rina said:

    as salam.anak sy kena sawan tarik tanpa demam sejak usia 6 bulan hingga sekarang.boleh dikatakan dia jadi tarik dgn tiba2 setiap bulan dlm 2 atau 3 hari berturut2.bolehkah sy tahu tmpt perubatan dan ustaz yg sy boleh rujuk utk penyakit tarik.sy tunggal di pulau pinang.

    • Waalaikummussallam, Pn Rina boleh ke pusat rawatan yang terdekat. Harap info dibawah dapat membantu. Terima Kasih

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Bertam
      D/A Surau At-Taqwa,
      Taman Bertam Indah,
      13200 Kepala Batas,
      Pulau Pinang
      Jumaat
      8:30 Mlm ~ 12 Mlm
      Ustaz Megat Fauzi
      HP: 012-5564406
      Ustaz Burhan
      HP: 016-4713135
      Ustaz Rizal
      HP: 019-4495475
      ——————————————–
      Pusat Rawatan Masjid Negeri Pulau Pinang
      D/A Kelas KAFA
      Masjid Negeri Pulau Pinang,
      11400 Pulau Pinang
      Ahad
      8:30 pg ~ 12.30 tgh
      Ustaz Fadzlee
      HP: 013-4434393
      Ustaz Azmi
      019-4786980
      Ustaz Syamsul
      HP: 019-3110345
      Ustaz Fazli Ahmad
      HP: 013-4852402
      ——————————————-
      Pusat Rawatan Darussyifa’ Kepala Batas
      728, Jalan Perak,
      13200 Kepala Batas,
      Pulau Pinang
      Rabu
      8:30 mlm ~ 11.00 mlm
      Ustaz Mohd Hairi
      HP: 017-4429942
      Ustaz Ab Mutalib
      HP: 013-4756316
      Ustaz Zahirudin
      HP: 019-4945947
      —————————————–
      Pusat Rawatan Darussyifa’ Permatang Rawa
      Surau Permatang Rawa Tengah,
      14000 Bukit Mertajam,
      Pulau Pinang,
      (Berhadapan Petronas Permatang Rawa)
      Khamis
      8:30 mlm ~ 12.00 mlm
      Ustaz Salehuddin
      HP: 012-3003424
      Ustaz Syakrani
      HP: 012-4605691
      Ustaz Muhammad Izham
      HP: 0124440397

      • puan rina said:

        terima kasih

      • mohd shahrul said:

        Assalamualaikum..nak tanya..anggota badan saya kerap bergerak2 seperti di lengan,badan dan kaki.kenapa ya?saya buntu dan takut..apa perlu saya buat?

      • Farhan said:

        ari isnin xde ka?? sbb sy selalu tidur terlalu lewat mlm. kaki kiri sy bila baca ayat2 terangkat sendiri

      • Hari Isnin rawatan malam selepas solat Isyak

  28. anwar said:

    Assalamualaikum..sy nak tanya klau isteri terkena buatan org mcmana nk buat…sy dh tya ustaz tp ustaz kata dia di beri mkn abu mayat cina…skrg dia sllu kluar mlm..xperduli kn siapa2..boleh tak klau rawatan tanpa orgnye..

  29. Sofea said:

    Care perubatan drumah ade…sya memerlukan… Khidmat itu mmbntu tunang sya dbuat org…

    • Cik Sofea boleh menghubungi Darussyifa Perak Cawangan Kampar atau mana-mana cawangan yang lain:

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Kampar
      JKR 382, Jalan Iskandar,
      31900 Kampar,
      Perak Darul Redzuan.

      Sabtu
      8:30 Pg ~ 2:00 Ptg

      Ustaz Mohd Yusof bin Khalid
      HP: 013-4851031

      ————————————-

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Kemunting
      No. 9, Jln Seluang,
      Taman Lela 1,
      34600 Kemunting,
      Perak Darul Ridzuan.

      Ustaz Zakaria Nasirudin
      HP: 012 – 4315349

      Ustaz Ramli Shaari
      HP: 013-4201830

      ————————————-

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Ipoh
      Institute Addin,
      Kampung Melayu,
      Jln Lapangan Terbang,
      31350 Ipoh,
      Perak Darul Ridzuan.

      Ustaz Najib Mat Lazim
      HP: 012-5201140
      Tel (1): 05-2533014
      Tel (2): 05-3124557
      Tel (3): 05-5272322

      • nourulaien said:

        Saya mengalami tulang belakang bengkok dah bahu senget. Tp saya xsakit lg buat masa ni.Apa ayat2 penawar yg boleh saya amalkan?

      • Doa ini adalah untuk merawat tulang patah sebenarnya tetapi boleh diamalkan juga untuk tulang bengkok sebagai tabaruk.

        Surah Al-Fatihah
        Selawat Syifa
        Surah Yaasin ayat 78 & 79
        Surah Al-Baqarah ayat 259
        Surah Al-Anbiya’ ayat 30

  30. Bila nk buka cawangan di Baling? Jauh utk ke Sg. Petani.

    • Kita ada Pusat Rawatan di Baling yang beroperasi di:

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Baling
      Surau Taman Sri Landak,
      09200 Kupang, Baling, Kedah
      Sila hubungi :
      Ustaz Mohamad Sobri B. Hamid
      HP: 019-540 4867 / 019-523 6993

  31. Mazlinawati Omar said:

    Assalam ..rawatan ni ada tak di sp

  32. akum, bleh x pesakit yg bukan beragama islam menerima rawatan ini? Pesakit pengidap penyakit hati.

  33. Pn Rina said:

    Salam. pusat rawatan darul syifa di pulau pinang area aman ya.

  34. Pn Rina said:

    area mana?

  35. Azhar bin mohamad said:

    Saya ada maslah rumahtangga, isteri engkar ckp saya, saya kadang2 cepat marah, isteri utamakan kawan dari suami,hampir bercerai, isteri berkawan dengan tomboi, saya menghalang, isteri saya tentang saya balik dan smpai skrg tiada jln penyelesaian. Bolehkah darulsiffa menyelesaikan masalah yg sebegini

  36. Assalammualaikum…bapa mertua saya menghidapi strok. dia tidak mampu bergerak sendiri dan hanya terbaring dikatil sekiranya tidak dibantu. kami bercadang untuk mendapatkan rawatan assyifa untuk beliau. bolehkah jika sekiranya rawatan dibuat tanpa membawa pesakit? terima kasih atas jawapan anda.

  37. Salam adakah mimpi buruk yg berulang adalah petanda tidak baik..atau ada berkaitan dengan sihir. Mimpi seperti mimpi anak kecil..mimpi ular besar.. mimpi suami curang. bolehkan Pusat rawatan membantu dan perlukah pemimpi mendapatkan rawatan di sini.

  38. Muhammad Nuruddin Bashah said:

    Assalamualaikum, jika menyertai kuliah rawatan oktober ini kuliah akan diadakan pada hari sabtu keberapa dan pada jam berapa? Saya berminat sertainya.

    • Waalaikummussalam, Biasanya kuliah akan diadakan pada Sabtu minggu kedua dan keempat. Mungkin juga akan ada penambahan atau perubahan ke minggu pertama atau ketiga bergantung pada jadual penceramah. Kuliah bermula 8.00 pagi hingga 1.00 ptg. Terima Kasih. Harap dapat membantu.

  39. Assalamualaikum,
    Saya sering berimpi mengenai bayi dan ular. Apa yang di fahamkan, ianya berkait rapat dengan sihir/santau sekiranya bermimpi sedemikian. Adakah ianya merbahaya? Adakah saya perlu hadir ke pusat rawatan? Jkk.

  40. Izruliza.... said:

    Assalammualikum… suami saya tidak bernafsu kepada saya setelah kematian anak 2 tahun lepas…. dia pun tak taw apa puncanya… blh tak ustaz tlg masalah saya nie….?

  41. norlila safikah binti rosli said:

    Ingin brubat…dan mahu pulih smula sprti dlu….sy bru shja drasuk oleh bnda halus…

  42. rashid said:

    adakah disediakan rawatan untuk pesakit gay/homoseksual supaya menjadi kembali normal ?

  43. nazurah said:

    Assalamualaikum.. Telinga saya kerap berdesing .. Sehari ada dlm 3 hingga 4 kali berdesing. Saya juga kerap mimpi ular yg besar2.. Dikejar ular dan pernah mimpi dipatuk ular hitam berkepala dua. Skrg pula, selalu pening kepala meloya dan jadi cepat marah.

    Ayah saya pula badan lebam2 dan kerap bermimpi dikejar makhluk halus.. Adakah saya perlu dapatkan rawatan??

    • Waalaikumssalam, Nazurah boleh datang ke mana-mana pusat rawatan terdekat. InsyaAllah kita ikhtiarkan rawatan. Terima Kasih

  44. masliyani said:

    assalamualaikum ustz…sya nk tnya pusat rwtn darussyifa’ di jitra kat mna…taman darulaman 2 area mna?

    • Pusat Rawatan Darussyifa’ Jitra
      No. 15, Taman Darulaman,
      Jalan Kelubi Jitra Kedah, Jitra, Kedah.
      Waktu Rawatan : Jumaat (4:00 Ptg ~ 6:00Ptg)
      Ustaz Raja Azriffudin (017-363 6779)
      Ustaz Nadhri Zakaria (019-542 2816)

  45. Syuhada Hasbaan said:

    aslmualikm ustaz, sya student n sya baru dpt tahu sya ad darah tinggi. tapi smpai cecah 200 lebih n sush nk turun walaupn makan ubat .. adakah tu salah satu faktor gangguan..

    • Waalaikumssalam. biasanya darah tinggi tidak ada kena mengena dengan gangguan. Boleh disebabkan faktor pemakanan, tekanan (stress) dan gaya hidup kurang sihat. Terima Kasih.

  46. Insanlemah said:

    assalamualaikum ustaz,sy student berumur 23 tahun, saya telah mengalami mslah ini kira2 masuk 3 tahun lebih dan smkin mnjdi2.. masalah sy ialah sy sering merasa mengantuk, menguap, lesu, dan tidak bermaya dan tangan dan kaki mudah menggigil, dan lenguh2 badan(belakang badan st bahu dan tengkuk sering) sakit keala.. tetapi memunyai selera makan yang baik..saya juga mudah merasa gemuruh dan takut, rasa sejuk tangan dan kaki yang teramat, badan berpeluh dan sukar untuk fokus dan berfikir dalam bilik kuliah dan mudah lupa. Emosi sy jg tidak stabil mudah marah, sedih, dan jarang gembira .. masalah ini amat mengganggu saya dan menjejaskan keyakinan diri saya… sy dahulu aktiv bersukan dan bsosial jg .. tetapi selepas mengalami masalah ini saya sukar untuk bersosial dgn kawan2 dan jarang bersukan krna mudah letih.. pmbljaran jg trganggu.. sy takut masalah ini mnjdi lebih truk.. apa pendapat dan nasihat ustaz?trima kasih…

    • Waalaikumssalam, semoga dirahmati Allah. Adakah saudara sudah melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital mengenai tahap kesihatan saudara seperti tekanan darah, kandungan gula, kolestrol, jantung dsb. Kalau belum, eloklah sekiranya berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Tetapi kalau dr. mengesahkan tidak ada penyakit fizikal, datanglah ke pusat rawatan. InsyaAllah kita cuba ikhtiarkan rawatan. Terima Kasih.

  47. Azlan shah said:

    Assalamualaikum.ustaz,saya bercadang ingin ke darussyifa.tetapi adakah rawatan untuk mati pucuk.Dan saya Baru berusia 33 tahun

    • Waalaikumssalam, Darussyifa tidak ada rawatan khusus untuk masalah mati pucuk sebenarnya. InsyaAllah kita cuba bantu dan mendoakan. Azlan boleh datang ke Pusat Rawatan.

  48. Nur Syadannie said:

    aslmualaikm.. saya mempunyai darah tinggi tahap tinggi,, doctor dh cuba mcm2 cara termasuk beri saya ubat yg tinggi tapi tetap sama, tekanan darah akan turun apabila demam sahaja, saya juga tidak gemar makan benda yg tidak sihat, selain tu saya kerap mimpi susukan bayi, bila saya balik ke rumah, adik megadu bila tidur dgn saya dy selalu mimpi binatang2 buas dan berbisa.. adakah punca darah tinggi ni berkaitan dgn ganguan atau sihir, .. MOHON PENJELASAN …

    • Waalaikumussalam, semoga di dalam lindungan rahmat Allah. Adalah lebih baik sekiranya Nur Syadannie datang ke pusat rawatan. Insya Allah kita cuba ikhtiarkan rawatan. Terima Kasih.

  49. Fozisk said:

    Assalamualaikum..sy ada sdikit kemusykilan,sy sering didatangi oleh 3pemuda berjubah putih dan bserban putih yg mana ketiga2nya mpunyai wajah yg serupa dan sgt berseri..ianya bkn di alam nyata,mereka dtg kepada sy tidak kira waktu dan kdg2 dtg mjadi makmum sy ketika solat terutama solat maghrib dan isyak.apabila sy mnegur mereka hanya tersenyum dan berlalu pergi..sy mpunyai kenalan di satu pusat perubatan islam dan sy kerap kesana jika ada masa.sy juga amat tertarik dgn perubatan islam dan teringin utk mendalaminya.1 hari ketika disana,sy telah membacakan surah2 ruqyah kpd seorang pesakit dan entah bagaimana secara spontan sy telah membuang sihir yg ada didalam badan pesakit dgn izin Allah..sy juga telah bertanya kpd ustaz disitu tentang apa yg sy alami dan dia memberitahu yg itu adalah salah satu rahmat dr Allah kpd sy.sy juga sering bermimpi dibawa 3pemuda itu ke kaabah..apa pendapat ustaz tentang kemusykilan sy ini?inginkan pencerahan..

    • Waalaikumussalam, seelok-eloknya saudara datang ke pusat rawatan dahulu, berbincang dengan perawat tentang masalah yang dihadapi. Sebab tidak ada jalan mudah menuntut ilmu, walaupun ilmu perubatan islam. Saudara perlu mencari guru, bertalaqqi dengan guru, mengambil ilmu dari mulut guru bukan dengan mengambil dari alam ghaib yang kita tidak ketahui. Belajar ilmu agama/pengubatan seelok-eloknya mendapatkan ijazah daripada guru kerana itu adalah warisan daripada zaman Rasulullah S.A.W. lagi. Wallahua’lam.

      • Salam. Admin. Sy risaukan suami sy. Dia tidak sedar diri apa yg dia buat. Dan sy risau diri sy juga krn cpt naik angin dan baran. Skrg suami sy dh keluar dr rumah . Sy xtahu kemna dia pegi .. semua salah sy krn marahkan dia tnpa sengaja. Sblmni dia kena santau dan buatan org. Dh berubat. Skrg menjadi lg. Dia terjmp jelmaan kwn baik dia. Dan byk lg cerita

  50. Nurulyana Ashiqin said:

    Assalamualaikum. Saya minta tolong sangat2 ada pusat rawatan di Sandakan Sabah. Orang yang ada penyakit macam saya sukar ke tempat jauh atau ke mana2 tanpa iringan ibu bapa atau sesiapa. Saya sukar ditemani sebab mereka kerja. Saya tak nak susahkan mereka. Penyakit saya dari umur 3 tahun hingga sekarang 24 tahun tak sembuh2. Disebabkan sakit ini buat saya tak boleh kerja dan buat ibu bapa nampak sedih ja bila ia berlaku. Tolonglah saya. Cawangan di Sabah jauh dari rumah. Ada apa2 saya boleh buat untuk dapatkan rawatan dari Darussyifa kah?

    • Waalaikumussalam, Nurulyana Ashiqin mungkin boleh menghubungi nombor dibawah.

      Pusat Rawatan Darussyifa’ Kota Kinabalu
      Bangunan Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz
      2-1-18 Shop Lot
      Ground Floor Bandar Sierra Phase 1B,
      Km 20, Jalan Tuaran Manggatal,
      88450, Kota Kinabalu,
      Sabah

      Rabu, Jumaat dan Sabtu
      8:30 mlm ~ 12:00 mlm

      Hj Zul Dzulbokri
      HP:012-8247012

      Ustaz Nik Anwar Zakaria
      HP:0138879100
      ————————————————–
      Pusat Rawatan Darussyifa’ Tawau
      No. 12572, Taman Univilla,
      Jalan Kuhara, 91000 Tawau,
      Sabah.

      Ahad
      2:00 ptg ~ 5:00 ptg

      Hari lain sila hubungi ustaz

      Ustaz Halim
      HP:013-2124817

      Ustaz Hairulnizzam
      HP:019-2926655
      ————————————————–
      Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi
      Lot 699 & 700
      Jalan Dinawan 1
      Taman Pantai Lok Kawi
      88200
      Sabah

      Rabu, Khamis dan Jumaat

      8:30 mlm ~ 12;00 mlm

      Ust Hamran
      HP:011-8950355

      Ust Handry
      HP:013-8900954
      ————————————————–
      Pusat Rawatan Darussyifa’ Labuan
      (Di atas Restoran Labuhan)
      Taman Mutiara,
      Sungai Bedaun,
      Wilayah Persekutuan,
      Labuan.

      Ahad, Isnin & Khamis
      8.30 mlm -11.30 mlm

      Ustaz Zulkarnain Ali
      HP: 019-8622890

  51. Dayang Azlinda Binti Md Noor said:

    sye telah bercerai dgn bekas suami selama (4 Tahun) kerana org ke-3 sehingga bercerai, baru2 ni kami bercadang utk rujuk kembali tetapi bekas suami duduk di Kulim,Kedah bersama ibubapa dan saya dgn ank2 di Selangor. Baru2 ni bekas suami tiba2 berubah jadi marah2,lansung xigat pada anak2 apatah lagi saya dan berubah secara tiba2. Mohon jika pihak Darul Syiffa,Kedah boleh usahakan sesuatu demi ank2 saya jika kami disihir atau terkena gangguan sb sebelum ni kmi terkena gangguan sehingga bercerai berai.

  52. Melisa said:

    Saya ada penyakit sawan kerana ada makhluk halus. Sekarang ni saya macam susah nk cakap. Sebab terlalu banyak tarik. Dimana pusat rawatan darul assyifa ?

    • Pusat Rawatan Darussyifa’ Taman Malaysia Alor Setar
      No. 299, Taman Malaysia,
      Alor Setar,
      Kedah Darul Aman.
      Tel/Fax: 04-730 0291
      Web: https://darussyifakedah.wordpress.com
      Alamat Surat Menyurat:
      Darussyifa’ Kedah
      No. 46 Taman Kelana,
      Jalan Langgar,
      05460 Alor Setar,
      Kedah Darul Aman.
      Waktu Rawatan :
      Isnin :
      7:00 Ptg. ~ 11:00 Mlm
      Khamis:
      4:00 Ptg. ~ 6:00 Ptg.
      Sabtu:
      3:00 Ptg. ~ 6:00 Ptg.

      Untuk kawasan lain, sila rujuk tajuk Senarai Pusat Rawatan Darussyifa’ Kedah.

  53. Rahima bt Omar said:

    Salam,saya Emma dari Selangor.Nk tanya pusat rawatan ni blh buat secara jarak jauh.Terima kasih.

  54. Assalamualaikum…sy nk tya klu yg jnis ketagihan dadah boleh diubati x?

  55. Salam.. sya nak tnya knapa bdan sya slalu ada benda bergerak2 dlm kulit ? Sebab apa ye ? Risau sgt..

    • Waalaikummussalam, saudari boleh mendapatkan rawatan kalau rasa tidak selesa atau sakit. Moga Allah beri kesembuhan.

  56. nor azizah abdun said:

    Assalamualaikum…maaf bertanya saya selalu berasa sakit bahagian dada hingga belakang badan..jantung jadi laju.masa tidur selalu terkejut..mata jadi kelabu..kadang rasa mcm nk pitam..badan jadi lemah..saya x tahu masaalah saya.terima kasih.

  57. Noorzamimie ibrahim said:

    Salam ..saya nak buat rawatan utk mendapat zuriat pastu saya selalu sakit kepala bila wktu magrib..
    Saya tinggal area klang

  58. syaidatul said:

    Assalamualaikum…maaf bertanya nenek saya sudah 3 tahun lumpuh sebelah badan.. sejak akhir2 ini setiap mlm mesti dia akan menjerit menangis bercakap sorang2.. boleh tak saya mendapat rawatan untuk nenek saya. saya tinggal di Jitra. harap dapat membantu..

  59. Muhammad said:

    Salam…. sy nk tanya, boleh ka kita nk p tengok sama ada kita terkena ganguan jin atau tidak

    • Waalaikumussalam, dalam Islam perbuatan menengok atau menilik adalah tidak diperbolehkan sama sekali walaupun kepada seorang ustaz, bomoh atau dukun. Kerana Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari isteri-isteri Rasulullah SAW. dari Nabi SAW., beliau bersabda yang artinya : “Barang siapa yang mendatangi seorang dukun dan bertanya sesuatu maka dia tidak akan diterima sholatnya selam empat puluh hari.”

      Diriwayatkan juga oleh oleh Abu Daud dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW. bersabda yang artinya : “Barangsiapa yang mendatangi seorang dukun dan dia percaya dengan apa yang dikatakannya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW.”

      Dan dari Abu Hurairah juga : “Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun dan dia percaya dengan apa yang dikatakannya meka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.”

      Dari tiga hadits diatas kita dapat menyimpulkan bahwa orang yang datang kepada seorang dukun atau peramal dan dia bertanya tentang sesuatu tetapi dia tidak mempercayainya maka hukumnya adalah sholatnya tidak akan diterima selama empat puluh hari, seperti yang disebutkan dalam hadits pertama. Akan tetapi jika dia mempercayainya maka hukumnya adalah dia dianggap telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yaitu Al-Qur’an, sebagaimana disebutkan dalam dua hadits berikutnya.

      Allah Ta’ala berfirman dalam surat Al-An’am (6) : 59 yang artinya : “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidaklah jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh ).”

      Dalam ayat ini sangat jelas bahwa sesuatu yang ghaib atau yang akan datang tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah Ta’ala, sampai pun Rasulullah SAW. tidak mengetahuinya kecuali sesuatu yang dikabarkan oleh Allah melalui wahyu. Kalau saja Rasulullah SAW. merupakan hamba yang paling bertakwa di sisi Allah SWT. yang diutus oleh Allah SWT. tidak mengetahui sesuatu yang ghaib atau yang akan datang kecuali yang dikabarkan oleh Allah SWT., bagaimana dengan yang lainnya yang jauh dari ketakwaan kepada Allah SWT.

      InsyaAllah jika tuan ada masalah kesihatan atau rasa terganggu dsb.nya kita boleh ikhtiarkan dengan doa dan rawatan.

  60. Noor atikah said:

    Salam
    Pada hari
    ahad buka tak?wktu beroperasi pd hr ahad?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: