Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Archive for the ‘Notis’ Category

Image

Pendaftaran & Taklimat Kuliah Pengubatan Islam (Darussyifa’) Kumpulan Ke-6 Negeri Kedah

Pendaftaran Masih Dibuka Sehingga Hari Perasmian (Tarikh masih belum disahkan) – Tempat adalah terhad.

Banner_Kuliah2016

Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan Kelima Negeri Kedah 2015

backdropkonvo

Tarikh : 29 Ogos 2015 (Sabtu)

Tempat : Dewan Banquet, HIG Hotel, Langkawi

Image

Majlis Jamuan Raya Darussyifa’ Kedah

majlis-jamuan-raya

Waqaf Dana Pembinaan Kompleks Islam Darussyifa’ Langkawi

Sila klik pada gambar untuk besarkan

Wakaf Darussyifa'

WAQAF-BELAKANG
Cadangan Projek

Cadangan membina sebuah bangunan 2 tingkat berukuran 40 kaki x 70 kaki di atas tanah seluas 25,264 kaki persegi. Tingkat bawah akan digunakan sebagai Pusat Rawatan, Mini Muzium Perubatan Islam dan galeri jualan buku dan produk Darussyifa’.

Tingkat atas digunakan sebagai Dewan Kuliah, Kelas Tahfiz, Kelas Fardu Ain, Kelas Kitab Umumi dan Bilik Mesyuarat. Baki tanah kosong akan dibangun sebagai tempat letak kereta dan penubuhan sebuah taman mini herba.

Dana Wakaf Tunai dan Wakaf Perkaki

Mewakafkan wang tunai bernilai semasa untuk diberi ganti dengan harta kekal untuk kebajikan umat islam

Wakaf perkaki bernilai satu kaki persegi sebanyak RM50.00.

Bayaran Wakaf Tunai dan Wakaf Perkaki

Setiap Individu yang ingin berwakaf secara tunai atau wakaf perkaki menggunakan cek, bank draf, wang pos boleh datang ke Darussyifa’ Kedah atau Darussyifa’ Malaysia.

 

DARUSSYIFA MALAYSIA

No.5, Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel : 038925 0443

Email : darussyifa.malaysia@gmail.com

 

DARUSSYIFA’ KEDAH

No.299, Taman Malaysia, (Jalan Pumpong) Lebuhraya Darul Aman,

05250 Alor Setar, Kedah

Tel : 013-209 0421 (Ustaz Mohd Alawi)

 

PENYELARAS PROJEK DAN SUMBANGAN

Ustaz Mohd Alawi (Pengarah Darussyifa’ Kedah) – Tel : 013-209 0421

Ustaz Mutalib (Timbalan Pengarah Darussyifa’ Kedah) – Tel : 019-473 7836

Ustaz Reza (Setiausaha Projek KIDS) Tel : 012-959 8084

Ustaz Noor Zahidin (Bendahari Projek KIDS) Tel : 018-318 4540

 

Sumbangan Tuan Puan amat-amat dialukan. Semoga beroleh keberkatan di dunia & akhirat.

Soalan Lazim

SOALAN YANG SELALU DITANYA 

==============================================
 SOALAN YANG SERING DITANYA OLEH ORANG RAMAI YANG INGIN
MENDAPATKAN RAWATAN DI DARUSSYIFA’
==============================================
  • Adakah saya perlu buat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke Darussyifa’? Jawapannya: TIDAK, Sila datang terus ke Darussyifa’ mengikut waktu rawatan di Jadual Rawatan (Klik Di Sini)
  • Berapakan bayaran yang dikenakan untuk setiap rawatan? Jawapannya: TIDAK ADA BAYARAN. Perkhidmatan adalah PERCUMA. Terpulang kepada pesakit untuk menderma di peti tabung Darussyifa’.
———————————————————————————-

 

Harga Jualan Barang

1. Air gau koperasi darussyifa` 5.5 liter  = RM 7.00

2. Air gau 1.5 liter                                           = RM 2.00

3. Buku ruqyah besar                                    = RM 5.00

4. Buku ruqyah kecil                                      = RM 3.00

5. Buku ikhtiar penyembuhan                    = RM 13.00

 

Majlis Perasmian Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan Ke-5 Negeri Kedah 2014

 

 

Pendaftaran Masih Dibuka Sehingga Pukul 11.00 pagi (29 Ogos 2014)

Untuk makluman hanya Kuliah Perasmian sahaja yang akan diadakan di Langkawi. Kuliah seterusnya akan berjalan seperti biasa di Pusat Rawatan Taman Malaysia. Bagi yang berminat boleh terus ke Langkawi pada tarikh dan waktu tersebut. Terima Kasih.

CoveraturcaraKedah Aturcaraback

NOTIS MESYUARAT AGUNG PKPI KEDAH BAGI TAHUN 2013 & JAMUAN HARI RAYA IDULFITRI 1435H

NOTIS MESYUARAT AGUNG PKPI KEDAH BAGI TAHUN 2013

& JAMUAN HARI RAYA IDULFITRI 1435H

Perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung diatas, Isyaallah akan diadakan pada

  1. Tarikh : 9 Ogos 2013 (Sabtu)
  2. Masa : 9.00 Pagi
  3. Tempat : Pusat Rawatan Darussyifa’ Kedah, 299, Taman Malaysia, Alor Setar.

AGENDA

  1. Aluan Pengerusi Majlis
  2. Ucapan Pengarah DS Kedah
  3. Mengesahkan minit mesyurat lalu
  4. Laporan Pengurus PRDS
  5. Membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2013
  6. Membentangkan laporan kewangan tahun 2013
  7. Perkara berbangkit dan usul
  8. Ucapan penangguhan dan doa

2. Semua Ahli PKPI Darussyifa’ Kedah dengan ini diwajibkan hadir bersama semua AJK.

Sekian, Terima Kasih.