Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Archive for June, 2011

yasiin

Advertisements

ruqyah syariah

Majlis Perasmian Pusat Rawatan Darussyifa’ Alor Setar

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. upacara Perasmian Pusat  Rawatan Darussyifa Alor Setar telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada 10 Jun 2011 yang lalu. Upacara Perasmian disusuli dengan rawatan oleh Y.Bhg. Tuan Guru sendiri dan Ustaz Abd Rashid Ahmad.

Rumah kediaman yang dijadikan Pusat Rawatan ini sebenarnya telah diwakafkan oleh Keluarga Allahyarham Sheikh Abdullah B. Sheikh Mohamad, Allahyarhamah Mariam  Bt. Che Mat, Mohamad Nahsuan B. Sheikh Abdullah, Nashirah Bt. Sheikh Abdullah dan Aloyah Bt. Mohd Basher kepada Darussyifa’ Kedah pada 29 Mei 2011. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah diberikan.

Sambutan daripada masyarakat cukup menggalakkan, sejak dari awal pagi lagi orang ramai telah berbaris untuk mendapatkan nombor giliran.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Afandi dan kata aluan daripada pengerusi Darussyifa’ Kedah, Ustaz Alawi dan seterusnya ucapan dan doa oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

Majlis diteruskan dengan upacara menanam pokok bidara sebagai simbolik kepada pembukaan pusat rawatan.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sedang menandatangai plak perasmian.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron melakukan rawatan.

Suasana di sekitar majlis.

Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan melebihi 300 orang. Majlis telah berakhir sebelum solat jumaat.

Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik di sini

Pembukaan Rasmi Pusat Rawatan Darussyifa’ Alor Setar

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din akan merasmikan Pembukaan Pusat Rawatan Darussyifa’ Alor Setar dan seterusnya mengadakan rawatan untuk orang ramai. Bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan supaya datang awal untuk mengambil nombor giliran. Semua dijemput hadir.

(more…)