Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Archive for January, 2012

Gambar Sekitar Majlis Perasmian Kursus Darussyifa’ Kumpulan Ke3

Alhamdulillah, selesai sudah majlis perasmian dan kuliah pertama Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan Ke 3 Negeri Kedah.

 

Majlis Perasmian Kursus Pengubatan Islam (Darussyifa) Kumpulan Ke 3

Dengan segala hormatnya dijemput ahli-ahli Darussyifa’ ke Majlis Perasmian Kursus Pengubatan Islam (Darussyifa) Kumpulan Ke 3 Negeri Kedah.

Perasmian dan Kuliah Pertama akan disempurnakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

Tarikh : 28 Januari 2012 (Sabtu)

Taklimat & Pendaftaran : 8.00 Pagi

Waktu Perasmian : 11.30 Tengahari

Tempat : Dewan VIP Mentaloon (Sebelah Surau Mentaloon)

Taklimat Kursus Pengubatan Islam Darussyifa Kumpulan Ketiga 2012

Majlis Taklimat Kursus Pengubatan Islam Darussyifa Kumpulan Ketiga 2012

Bagi pemohon yang telah menghantar borang atau berminat mengikuti kursus sila hadir untuk sesi taklimat mengenai kursus.

Pada : 21 Januari 2012 ( Sabtu )
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Dewan VIP Mentaloon (Sebelah Surau Mentaloon)

——————————————————————————

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Niat semata hanya kerana Allah S.W.T. (Mencari redho Allah dunia & akhirat, membantu agama Allah, bukan niat untuk mencari kesenangan dunia)
  2. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.
  3. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
  4. Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
  5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan.
  6. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
  7. Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.
  8. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM700 setahun (bayaran pendaftaran, buku teks, beg, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Bayaran minimum pada hari pendaftaran ialah RM 350.00. (Bagi peserta yang tidak membayar, buku teks tidak akan diberi)
  9. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan (Sebulan 2 kali pada hari Sabtu minggu ke dua dan keempat) selama setahun di surau Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah (Perubahan jadual kuliah tertakluk pada tenaga pengajar). Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.

——————————————————————————

Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :
Ustaz Mohd Alawi (Pengerusi Darussyifa Kedah)
H/P: 013 – 209 0421

Gambar-Gambar Sempena Majlis Pengijazahan Kumpulan ke-2

Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam (Darussyifa’) Kumpulan Ke 2 Negeri Kedah 2011

Tahniah buat semua pelajar-pelajar Darussyifa’ Kedah yang telah berjaya menamatkan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa untuk kumpulan kedua ini.

Berita penuh dan gambar-gambar semasa Majlis Pengijazahan akan menyusul kemudian. Harap maklum.