Kesembuhan Hanya Daripada Allah

SEJARAH DARUSSYIFA KEDAH

Penubuhan Darussyifa` Kedah bermula dengan pengambilan peserta kumpulan pertama kursus pengubatan Islam negeri Kedah pada 17 oktober 2009. Perasmian disempurnakan oleh YAB Dato` Seri Hj Azizan Abdul Razak dengan perkenan oleh Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din pada 24 oktober 2009. Seramai 152 peserta telah diterima sebagai pelajar kumpulan pertama Darussyifa Kegeri Kedah. Kuliah pengubatan dikendalikan sendiri oleh Tuanguru dan pengajar yang telah diijazahkan. Selama setahun pelajar mengikuti kuliah dan pada 19 september 2010, maka satu majlis pengijazahan kumpulan pertama telah disempurnakan oleh Tuan Guru. Ia diadakan di Dewan seri Mentalon Alor Setar. Seramai 127 orang telah berjaya menamatkan pengajian dan telah diijazahkan oleh tuanguru.

Permintaan masyarakat untuk mendapatkan rawatan Islam telah membantu Darussyifa` Kedah untuk membuka sebuah pusat rawatan Darussyifa`. Pada 1 mac 2010 maka sebuah pusat rawatan telah dibuka bertemmpat di no. 87 Taman Purnama Jalan Pegawai. Ia beroperasi pada setiap hari Isnin dan Khamis. Purata setiap bulan, pusat rawatan ini menerima pesakit seramai 300 orang. Rentetan permintaan yang tinggi maka, Darussyifa` Kedah sekali lagi diberi mandat untuk melaksanakan kursus bagi kumpulan kedua . Ia dirasmikan pada 30 oktober 2010 dan pelajar yang mendaftar seramai 228 orang dan tamat pengajian pada september 2011.

Sejarah kembali terukir apabila Darussyifa` Kedah telah menerima sebuah bangunan waqaf yang telah diwaqafkan oleh keluarga almarhum Syeikh Abdullah beralamat di no. 299, Taman Malaysia, Alor Merah. Majlis penyerahan kunci telah dilakukan oleh ahli waris kepada Tuan Guru pada 29 Mei 2011. Satu majlis perasmian telah berjaya dilaksanakan pada 10 Jun 2011 dan turut sama dijalankan rawatan bersama Tuan Guru dan sambutan orang ramai amat menggalakkan.

CARTA ORGANISASI DARUSSYIFA` KEDAH

PENGASAS                           ; TUANGURU DATO` DR. HARON DIN

PENAUNG                            ; YAB. DATO’ SERI USTAZ AZIZAN HJ. ABDUL RAZAK

PENASIHAT                       :  PROF MADYA HJ. AB RAHMAN MUSTAFFA

PENGERUSI                       ; USTAZ MOHD ALAWI HJ. ABDUL KUDUS

TIMBALAN                       ; USTAZ HJ. ABD MUTALIB ABDULLAH

SETIAUSAHA                  ; EN MOHD NAZRI HJ HASHIM

BANDAHARI                   ; USTAZ BASRI HJ. ISMAIL

AJK  KERJA

KILINIK                         ; USTAZ ABD MUTALIB MEHAT

SELENGGARA             ; EN.ELIAS ISMAIL

DISIPLIN                      ; HJ ZULKIFLI NAYAN

KHAS                              ; USTAZ MOHD AFANDI KASIM

HELWA                          ; USTAZAH AISYAH AWANG

EKONOMI                     ; USTAZ ZUBIR ABDULLAH

SERANTA                      ; RAZIF FADZIL

KURSUS                         ; USTAZ LUTFI THAHIR

Comments on: "SEJARAH DARUSSYIFA KEDAH" (19)

  1. Ghazali Shafie said:

    ASALAMUALAIKUM,

    SAYA AMAT BERMINAT UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’.
    BILAKAH DIADAKAN PENGAMBILAN UNTUK KUMPULAN KETIGA?

  2. boleh dptkan borang di pusat rawatan alor setar d taman malaysia

  3. Azhari said:

    Assalamualaikum,

    saya nak tanya pengambilan sesi ketiga sudah habis ke belum??

    • Permohonan masih lagi dibuka, boleh dapatkan borang di pusat rawatan alor setar di taman malaysia. Kuliah dijangka akan bermula pada bulan Januari 2012

  4. MUHAMMAD ZUHRI BIN SIRAJUDDIN said:

    bilakah tarikh borang pendaftaran darussyifa kedah keluar.

    • MUHAMMAD ZUHRI BIN SIRAJUDDIN said:

      borang pendaftaran untuk 2013

      • Assalamualaikum.. Insyaallah selepas konvokesyen kumpulan ke 3, hujung bulan Disember nanti, bergantung kepada persetujuan Tuan Guru. Semua urusan akan dimaklumkan di dalam blog, harap bersabar. Terima Kasih.

  5. MUHAMMAD ZUHRI BIN SIRAJUDDIN said:

    Terima kasih

  6. HAAFIZUDDIN YUSOF said:

    Assalamualaikum… saya amat berminat dengan perubatan islam…. harap kali ini dapat mendalami ilmu sunnah ini… harap segala persoalan yang terjadi pada diri ini terjwab…

    • Kalau ada niat yang betul, ada kesungguhan, mohonlah kepada Allah, Insyaallah semuanya akan dipermudahkan.

  7. HAFIZUDDIN YUSOF said:

    InsyaAllah…. nati klu keluar borang msg ana kt no nieyh bleh…??? 012-4479257…

  8. Borang memang telah dikeluarkan, sila rujuk posting KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA`KUMPULAN KE 4 NEGERI KEDAH 2013. Ada borang pdf boleh di download disitu. Atau saudara boleh datang ke Pusat Rawatan. Terima Kasih.

  9. hafiz said:

    asalamualaikum..sy hndak mndapatkan rwatan bg penyakit kayap..sy brada d alor setar..bleh bg tahu tmpt dn ms…

    • 1. Pusat Rawatan Darussyifa` Alor Setar
      : No.299, Taman Malaysia,
      (Jalan Pumpong) Lebuhraya Darul Aman,
      05250 Alor Setar, Kedah.
      tel/faks: 04 – 7317244/ 013-2090421
      Waktu Rawatan :
      Isnin : 8.00 mlm. – 11.00 mlm.- majlis zikir dan rawatan
      khamis : 4.00 ptg. – 6.00 ptg.
      Sabtu : 3.00 ptg. – 6.00 ptg.

  10. hamba allah said:

    assalamualaikum.bolehkan orang yang tidak banyak ilmu mcm saya ni mempelajari dan mengikuti kursus rawatan

    • Harap Maaf, Kursus kump ke 4 telah bermula, jika saudara berminat saudara boleh memohon di tahun hadapan. Terima Kasih.

  11. cahayasyurga said:

    berapa bayaran untuk kursus?nak sertai juga..

  12. assalamualaikum,utk rawatan di sg.petani,di mana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: