Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Archive for January, 2013

MAKLUMAN PENTING

Untuk bakal pelajar yang telah menghantar borang ataupun berminat untuk mengikuti Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Kumpulan Ke 4 Tahun 2013. Sila hadir ke :

TAKLIMAT PENGAMBILAN PELAJAR BARU DARUSSYIFA` KEDAH KUMPULAN KE 4 TAHUN 2013

Pada : 16 FEBRUARI 2013

Jam : 9 PAGI

Tempat : DI SURAU MENTALOON, DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH

SILA BAWA BERSAMA BORANG YANG TELAH LENGKAP DIISI DAN BAYARAN PEDAFTARAN RM350 UNTUK PENGAMBILAN BUKU TEKS. HARAP MAKLUM.

Advertisements

TAHNIAH!

Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam DARUSSYIFA’

Kumpulan Ketiga Negeri Kedah 2012.

DSC_0001

Alhamdulillah sempurna sudah Majlis Pengijazahan Kumpulan Ketiga. Terima Kasih yang tidak terhingga buat Yang Berbahagia Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ diatas kesudian merasmikan dan mengijazahkan Ijazah Pengubatan Islam kepada pelajar kumpulan ketiga Negeri Kedah dan kepada AJK Darussyifa Pusat yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada Darussyifa’ Kedah. Tidak lupa juga buat semua AJK Majlis Pengijazahan Darussyifa’ Kedah yang bertungkus lumus memastikan semua kerja berjalan lancar.

Tahniah kepada Ketiga-tiga Khalifah yang membaca Asas 33 dan semua pelajar Darussyifa’ Kedah yang berusaha keras sehingga mendapat pujian daripada Tuan Guru. Tunaikanlah amanah dan nasihat yang diberikan oleh Tuan Guru dengan jalan ikhlas, sabar dan bersungguh-sungguh, semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Terima Kasih.