Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Archive for May, 2011

Ujian dan Musibah: Allah s.w.t. mahu Berkenalan dengan Hamba-hamba-Nya

Artikel ditulis oleh Raja Ahmad Mukhlis

Setiap manusia, pasti melalui suatu masa yang dikenali dengan MUSIBAH atau masa KESULITAN. Kehidupan seseorang manusia tidak terlepas dari kesusahan, kesulitan, musibah dan sebagainya. Kadang kala, ia menyebabkan seseorang putus-asa dan ada juga yang sampai sanggup untuk membunuh diri dan sebagainya, hasil dari kekecewaan yang menimpa mereka dari kesulitan yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan.

Namun, jika musibah dan kesulitan ditafsirkan dengan tafsiran yang sempurna, ianya tidak akan membuatkan seseorang putus-asa tetapi sebaliknya ia mampu memberi suatu kekuatan baru kepada seseorang, dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, didapati bahawa, seseorang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh Allah s.w.t., sehingga terbukti samada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman.

(more…)

Advertisements

Kelebihan dan Kepentingan Berzikir kepada Allah

Dari kalam Imam Abdullah al-Haddad, ulama sufi..

Dan bagi amalan zikrullah itu terdapat buah-buah dan natijah-natijahnya yang murni yang pasti akan dirasai oleh sesiapa yang tekun beramal dengannya dengan penuh adab dan hati yang hadir [tidak lalai], dan natijahnya yang paling kurang ialah pasti orang tersebut akan dapat merasai kemanisan dan kelazatan [rohani] di dalam dirinya, iaitu suatu kenikmatan dan kelazatan yang akan menyebabkan dirinya tidak lagi memandang [tidak lagi mengendahkan] kepada kelazatan-kelazatan keduniaan yang dirasainya sebelum itu, dan buahnya yang paling tinggi[1] ialah bilamana ahli zikir tersebut akan menjadi “fana’” dengan “Zat yang diingati” [Allah] dan fana’ dari segala sesuatu yang lain dari Allah.[2]     

Dan barangsiapa yang duduk dalam keadaan suci, tenang dan bersunyi-sunyian [seorang diri] sambil menghadap kiblat kemudian berzikir kepada Allah dengan hati yang hadir dan mera`ikan segala adab-adab yang dikehendaki pasti akan melihat kesan-kesan yang nyata pada hatinya [ekoran dari zikir yang diamalkan]. Dan sekiranya dia berkekalan di dalam melakukan yang demikian pasti cahaya-cahaya al-qurb [cahaya-cahaya yang menghampirkan dirinya dengan Allah] akan bersinar di dalam dirinya dan akan tersingkaplah kepada dirinya pelbagai rahsia-rahsia alam ghaib

Dan seutama-utama zikir ialah zikir yang melibatkan [penghayatan dan kesedaran] hati dan pengucapan lidah, dan penghayatan hati ketika berzikir bermaksud hati menghayati sepenuhnya segala pengertian-pengertian zikir yang diucapkan oleh lidah.

Dan yang paling utama bagi sesiapa yang berzikir kepada Allah – dalam aspek merendahkan suara ataupun menyaringkan suara – ialah melakukan apa yang didapatinya paling memberikan kesan dan maslahah kepada hatinya, maka sesungguhnya zikir merupakan wirid yang berterusan [yang perlu dilakukan di dalam semua keadaan dan setiap masa] maka hendaklah engkau bersungguh-sungguh mempastikan bahawa lidahmu sentiasa basah kerana berzikir di dalam semua keadaan kecuali pada masa-masa tertentu yang tidak dapat digabungkan antara amalan zikrullah dan amalan-amalan ibadat yang lain, maka pada masa-masa tesebut ibadat-ibadat yang lain itu merupakan zikrullah dengan pengertiannya yang umum.

Dan wajib ke atas engkau memelihara segala zikir-zikir dan doa-doa yang ma’thur, yang perlu dibaca dan diamalkan selepas sembahyang fardu lima waktu, zikir di waktu pagi dan petang, zikir sebelum tidur dan zikir-zikir lain yang telah ditentukan masa-masa pembacaannya [melalui perbuatan Nabi saw]. Maka Nabi saw tidaklah mensyariatkan kesemua zikir-zikir tersebut kepada umatnya melainkan kerana zikir-zikir tersebut akan menjadi “sebab” yang akan mendatangkan kebaikan kepada kehidupan mereka dan akan menyelamatkan mereka dari pelbagai kejahatan dan keburukan [yang boleh menimpa hidup mereka] di dalam masa-masa yang dilalui itu; maka barang siapa yang lalai [tidak mengambil kisah] untuk mengamalkan zikir-zikir Nabi saw tersebut kemudian dirinya tertimpa dengan perkara-perkara yang tidak baik atau terhalang untuk mencapai sesuatu yang dicintainya maka janganlah dia mencerca [menyalahkan] melainkan dirinya sendiri…………………..


[1] Kesannya yang paling besar

[2] Menjadi tenggelam dan asyik dengan Allah yang diingatinya sehingga tumpuan dan perhatian jiwa dan akalnya kepada segala sesuatu yang lain dari Allah akan lupus dan hilang sama sekali dari pandangan hatinya.

Kursus Pengubatan Islam Darussyifa`Kumpulan ke 3 Negeri Kedah

Pendaftaran untuk Kursus Pengubatan Islam Darussyifa`Kumpulan ke 3 Negeri Kedah kini dibuka.

Tarikh jangkaan bermula kursus: Awal Oktober 2011

Bagi sesiapa yang berminat boleh memohon melalui pusat rawatan Darussyifa’ Alor Setar. Tarikh jangkaan kursus iaitu pada awal bulan Oktober 2011. Borang boleh didapati di pusat rawatan Alor Setar atau di surau Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah . Iklan pengambilan akan bermula pada bulan Mei 2011. Setiap pemohon akan diwajibkan menghadiri satu temuduga khas yang akan diadakan pada bulan september 2011.

Sila muat turun   di sini

BorangAhliKedah2011

Pengijazahan Kumpulan 1 Darussyifa`Negeri Kedah