Kesembuhan Hanya Daripada Allah

IJTIMAK DARUSSYIFA’ SEMALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PENUBUHAN DARUSSYIFA’

16-NOVEMBER-2013 (SABTU) / 8.00 PAGI ~ 11.00 MALAM
DI DEWAN PUSAT KONVENSYEN, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS),
BANDAR SERI PUTRA, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

PENDAHULUAN

Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Darussyifa’ merupakan pelopor terawal dalam bidang pengubatan Islam di Malaysia. Dengan berteraskan syariat Islam, Darussyifa’ telah mengorak langkah ke arah perkembangan pengubatan Islam khusus di Malaysia melalui pelbagai saluran. Bahkan, Darussyifa’ turut mendapat perhatian daripada negara-negara lain dalam usaha memartabatkan pengubatan Islam di mata dunia.

Darussyifa’ telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan diluluskan pendaftarannya pada tahun 1989. Pada tahun 2013, genaplah 25 tahun penubuhan persatuan ini. Sehingga hari ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang merupakan pengasas dan penasihat Darussyifa’, telah memainkan peranan penting dalam perkembangan Darussyifa’ dengan dibantu oleh ahli jawatan kuasa yang dilantik serta para ahli Darussyifa’ yang sedia berkhidmat sepanjang masa.

Dalam hal perkembangannya, Darussyifa’ telah berjaya menubuhkan lebih 65 Pusat Rawatan Darussyifa’ di seluruh Malaysia termasuk 13 kelas pengajian di hampir setiap negeri. Sehingga akhir tahun 2012, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah mengijazahkan lebih daripada 6000 orang graduan Darussyifa’.

Oleh yang demikian, melihat kepada perkembangan Darussyifa’ dan jumlah ahli yang telah dilahirkan, sewajarnya satu perhimpunan diadakan bagi mengumpulkan semua ahli yang aktif dan kurang aktif bagi mengeratkan semula hubungan silaturrahim antara mereka dan mengembalikan hubungan mereka dengan Darussyifa’ itu sendiri sebagai persatuan yang menaungi mereka. Justeru itu “IJTIMAK DARUSSYIFA’ SEMALAYSIA” dianjurkan buat kali pertama untuk tujuan menghimpunkan keseluruhan graduan Darussyifa’ tersebut.

OBJEKTIF IJTIMAK

Ijtimak ini diadakan dengan beberapa objektif yang berikut:

  • Menghimpunkan keseluruhan ahli Darussyifa’ sama ada yang aktif ataupun tidak dalam satu perhimpunan bersama pengasas Darussyifa’ untuk mengeratkan kembali hubungan antara setiap ahli dan dengan Darussyifa’.
  • Mengaktifkan semula ahli-ahli yang tidak merawat dengan meletakkan mereka di dalam kumpulan bagi setiap daerah di seluruh Malaysia. Melalui cara ini, dapat direalisasikan “satu daerah, satu pusat rawatan”.
  • Memperkasa dan memberi kesedaran tentang peranan disiplin dan etika perawat kepada semua ahli Darussyifa’.
  • Mengadakan majlis Bai’ah kepada semua ahli ijtimak bagi memastikan ahli sentiasa mematuhi peraturan Darussyifa’ dan menjunjung tinggi syariat Allah SWT.

ATURCARA PROGRAM

7.30 pg ~ 8.30 pg Pendaftaran
8.30 pg ~ 8.45 pg Ucapan Pengerusi Majlis & Bacaan Al-Quran
8.45 pg ~ 10.45 pg Ucaptama & Perasmian
Tajuk: Konsep Utama Pengubatan Islam Yang Perlu Dihayati
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
10.45 pg ~ 11.45 pg Minum Pagi
11.45 pg ~ 1.00 tgh Slot 1: Isu-Isu Terkini Pengubatan Islam: Ketetapan Darussyifa’
Pembentang  1: Ustaz Haji Abdul Rahman Nawas
Pembentang  2: Dr Haji Rushdi Ramli
1.00 tgh ~ 2.30 ptg Solat Zohor & Makan Tengahari
2.30 ptg ~ 4.30 ptg Slot 2: Forum 50 Tahun Darussyifa’ Dalam Memartabatkan  Pengubatan Islam
Ahli Panel 1: Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad
Ahli Panel 2: Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar
Ahli Panel 3: Dato’ Abdul Rashid Mat Amin
Moderator: Ustaz Muhd Redza Ahmad
4.30 ptg ~ 7.00 mlm Solat Asar, Ta’aruf, Rehat & Makan Malam
# Solat Asar di Masjid Al-Azhar
7.00 mlm ~ 9.00 mlm Solat Maghrib, Solat hajat, Bacaan Yasin, Tahlil Arwah, Zikir dan Solat Isyak
Pimpinan: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
# Tempat: Dalam Dewan Pusat Konvensyen KUIS
9.00 mlm ~ 10.30 mlm Soal Jawab & Amanat Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
10.30 mlm ~ 11.00 mlm Sanad Al-Fatihah dan Bai’ah
11.00 mlm Minum Malam dan Bersurai

Pendaftaran terus boleh dibuat dengan menghantar email ke:  ijtimakdarussyifa2013@gmail.com

ADA CABUTAN BERTUAH —> HADIAH YANG SANGAT UNIK & ISTIMEWA

IJTIMAK DARUSSYIFA’ SEMALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PENUBUHAN DARUSSYIFA’
Tarikh: 16-November-2013 (SABTU)
Tempat: Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) [KLIK DISINI]
Masa  : 8.00 pg ~ 11.00 mlm
ATURCARA UTAMA;
Amanat Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Bai’ah
Sanad Bacaan Surah Al-Fatihah
Terhad 2000 Ahli Sahaja
Yuran Pendaftaran = RM50
Pembayaran Boleh Di buat melalui Akaun Bank Mummalat No.: 12100000164711
Tarikh tutup pendaftaran: 10-November-2013
Borang Pendaftaran:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: