Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Majlis Taklimat Kursus Pengubatan Islam Darussyifa Kumpulan Ketiga 2012

Bagi pemohon yang telah menghantar borang atau berminat mengikuti kursus sila hadir untuk sesi taklimat mengenai kursus.

Pada : 21 Januari 2012 ( Sabtu )
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Dewan VIP Mentaloon (Sebelah Surau Mentaloon)

——————————————————————————

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  1. Niat semata hanya kerana Allah S.W.T. (Mencari redho Allah dunia & akhirat, membantu agama Allah, bukan niat untuk mencari kesenangan dunia)
  2. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.
  3. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
  4. Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
  5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan.
  6. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
  7. Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.
  8. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM700 setahun (bayaran pendaftaran, buku teks, beg, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Bayaran minimum pada hari pendaftaran ialah RM 350.00. (Bagi peserta yang tidak membayar, buku teks tidak akan diberi)
  9. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan (Sebulan 2 kali pada hari Sabtu minggu ke dua dan keempat) selama setahun di surau Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah (Perubahan jadual kuliah tertakluk pada tenaga pengajar). Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.

——————————————————————————

Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :
Ustaz Mohd Alawi (Pengerusi Darussyifa Kedah)
H/P: 013 – 209 0421

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: