Kesembuhan Hanya Daripada Allah

MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH

1.       APA ITU MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH ?
  • Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH    MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.
  • Majlis ini dihiasi dengan SELAWAT, ZIKIR, ALUNAN QASIDAH kecintaan rasulullah disamping MENCEDUK LAUTAN ILMU melaluiAL QURAN dan HADIS rasulullah lalu mengambil pengajaran yang sewajarnya kita hayati sebagai umat Rasulullah.s.a.w.
  • Majlis ini telah diadakan untuk kali keempatnya dengan lebih 10 000 pencinta rasul telah hadir merasai kesyahduan keindahan kerinduan kecintaan untuk Rasulullah s.a.w.
  • Majlis yang namanya diberikan oleh ulamak tersohor Syeikh Nuruddin al banjari
2.     BILA DAN DIMANA MAJLIS INI ?
  • Tarikh : 30 DAN 31 DISEMBER 2011,
  • Hari : JUMAAT DAN SABTU
  • Tempat : STADIUM SULTAN ABD HALIM SUKA MENANTI ALOR SETAR,
  • Majlis bermula jam : 8.30 PAGI HINGGA 12.00 MALAM.
3.     SIAPA PENGANJUR MAJLIS INI ?
  • Majlis ini dianjurkan oleh PARA PENCINTA RASULULLAH S.A.W .
  • YAYASAN PAKSI bertindak sebagai pengelolanya.
  • Ianya mendapat kerjasama dari Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Sekolah Agama rakyat (HESA) , Majlis Ketua Kampong (MKK) Masjid-masjid seluruh Kedah, Galeri Ilmu Sdn Bhd. ( majallah Q & A ), NGO Islam  ( pertubuhan bukan kerajaan ) – Ikatan Mujahid Ummah ( IMAM), ABIM, JIM, WADAH, TERAS , Sekretariat Ummah Berselawat ,Pusat Pengajian Islam , Pondok, Tahfiz  dan lain-lain
4.     SIAPA YANG AKAN BERSAMA DALAM MAJLIS INDAH INI ?
  • Ulamak tersohor dan pemikir islam  serta pencinta rasulullah antaranya
  • Sahibus Samahah Dato’ Baderudin Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Kedah
  • Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din Al hafizh – Ulamak Tersohor
  • Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam -Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru Indonesia
  • Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli – Mudir Maahad Darul Hadis
  • Ustaz Ahmad fawaz bin Dato Fadhil  – Anak Dato Fadhil Noor
  • Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz – Anak Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat
  • Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi – Anak Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
  • Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali – editor Eksekutif majalah Q & A
  • Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim- Dekan fakulti Perniagaan Islam UUM
  • YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed- mantan pengacara Al- Hidayah Tv3
  • Nora –  Wan Norafizah binti Ariffin – selebriti dan penyanyi
5.      APA YANG AKAN ANDA PEROLEHI SEPANJANG MAJLIS INI
  • Sepanjang program kita akan merasai indahnya SELAWAT DAN QASIDAH memuji Rasulullah bersama para ulamak dan pelajar Mahaad Darul Hadis, Maahad Tahfzi Imam Nawawi (Matin)serta kumpulan qasidah yang lain. Selawat dan qasidah dialunkan disetiap permulaan majlis  dipertegahan dan diakhir nya. ( Ya Allah hadirkan kami dalam majlis ini)
  • TG. Dato’ Dr. Harun Din akan mengupas KERINDUAN BERTEMU RASULULLAH dan amalan yang dilakukan oleh mereka yang telah dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi. Kesyahduan ketika bertemu Rasulullah s.a.w (moga kita memperolehinya)
  • SS Dato’ Mufti akan menyentuh CIRI-CIRI DAN WATAK  INSAN YANG AKAN BERSAMA RASULULLAH di akhirat nanti (moga kita antaranya)
  • Syeikh Ahmad Fahmi dan Syeikh Zainal Asri akan membawa kita merasai INDAHNYA DALAM MAJLIS MEMUJI DAN MENGAGUNGKAN RASULILLAH. ( moga Allah memilih kita dalam ribuan yang hadir)
  • Anak-anak 3 Ulamak iaitu  Ust. Fauwaz , Ustaz Nik Abduh dan ust Mohd. Khalil akan membawa kita memahami ciri-ciri danPERANAN ULAMAK SEBAGAI PEWARIS NABI DAN PERANAN KITA SEBAGAI PEMBANTU dan penyokong para ulamak. ( moga allah pilih kita hidup bersama para ulamak)
  • Ust. Zul Ramli , YM Raja Mazian dan Nora akan mengembalikan kita melihat betapa CINTA DAN KASIHNYA RASULULLAH TERHADAP WANITA lalu memuliakan wanita sebagai anak, isteri dan ibu. Kita akan dibawa merasai betapa MANISNYA HIDUP DALAM SUNNAH RASULULLAH berbanding sebaliknya. (moga kita penghidup sunnah Rasulullah)
  • Anda akan dapat MENYELUSURI DAN MENGHAYATI KEHIDUPAN RASULULLAH melalui teknik penceritaan yang dibantu dengan alunan qasidah, selawat, nasyid, sajak, pentomen, monolog dalam PERSEMBAHAN  QASIDAH SENTUHAN QALBU.  Ianya bertambah menusuk qalbu dengan paluan kompang dan bunyian serta pencahayaan.
  • Ust Zul Ramli dan Prof Madya Dr. Hasmadi akan mejelaskan peri pentingnya ILMU dalam mendekatkan kita kepada RASULULLAH.
  • PELANCARAN MAJALLAH Q & A sebagai tanda komitmen kita bersama untuk mendapat ilmu
  • MAJLIS TAHLIL  dipimpin oleh Tuan Guru Haji Mohd Rejab bin Mohd Khair, sebagai tanda ingatan kita kepada insan yang kita kasihi ( moga doa dan pahala tahlil kita mendatangkan kebaikan kepada keluarga terutama ibu ayah kita)
  • Semestinya kita akan dapat membeli BARANGAN KELUARAN MUSLIM, halal lagi baik pastinya di gerai yang sediakan.  (Moga kita diberi ilmu , makanan dan pakaian serta lainnya mengikut sunnah )
6.      SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI DAN MENGHADIRI MAJLIS INI ?
  • MAJLIS INI BOLEH DISERTAI dan dihadiri OLEH SEMUA INSAN…
  • anda suami/isteri anda, anak-anak, ibu ayah adik abang kakak … jiran, rakan sepejabat lelaki wanita, tua muda, kecil besar, melayu, cina india … muslim dan non muslim semua golongan … pencinta rasul…
7.     BAGAIMANA UNTUK ANDA MENYERTAINYA ?
  • TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada anda yang cintakan rasulullah
  • Hanya pinta kami agar anda membiasakan diri anda BERSELAWAT SEBANYAK MUNGKIN mulai hari ini sehingga kita masuk ke majlis yang adakan pada 30.12.2011 supaya jiwa dan perasaan anda begitu cinta kepada rasulullah.
  • Serta pada MALAM KEMUNCAKNYA ANDA DIGALAKKAN BERPAKAIAN PUTIH bagi mewujudkan suasana syahdu berselawat dan berqasidah memuji rasulullah.
  • ( bayangkan anda dalam ribuan yang berpakaian putih bersih …. sama serupa …)
8.      ANDA INGIN MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI ?

PASTINYA anda amat ingin memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu anda perlu

  • LETAK DAN TANAM AZAM UNTUK HADIR ke majlis lantunan mahabbah pada tarikh 30 dan 31 disember 2011 di Stadium Sultan Abd. Halim Suka Menanti.
  • HADIR BERSAMA ANAK DAN KELUARGA SERTA RAKAN JUGA JIRAN agar mereka juga dapat merasai serta mendapat berkat dan pahalanya.
  • Bersama MENJAYAKAN MAJLIS TAHLIL . Isikan borang dan hantarkan kepada MAAHAD DARUL HADIS atau KELAS PAKSIsetiap jumaat di menara zakat atau kelas di seri mentaloon pada hari sabtu atau berhubung 0195987842
  • SEBARKAN MAKLUMAN INI kepada orang yang anda kenali atau tidak melalui sms, facebook, email blog salinan handbill poster dan sebagainya. pastinya ada pahala untuk anda juga.
  • Menghulurkan SUMBANGAN WANG RINGGIT seikhlas dalam tabung lantunan atau terus kepada akaun YAYASAN PAKSI . atau menjadi penaja.
  • HADIR AWAL DAN IKUT PERATURAN serta arahan pengelola.

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ;

CIKGU SUKARNO ABD.HAMID 0195987842 atau layari :  lantunan-mahabbah.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: