Kesembuhan Hanya Daripada Allah

Amanat Tuan Guru

Tujuh Amanat Tuan Guru

  1. HASRAT – Tuan Guru berhasrat menjadikan Rawatan Islam sebagai salah satu rawatan yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Tuan Guru juga berharap apabila masyarakat sudah menerima rawatan Islam ini, mereka tidak akan ragu lagi dengan cara Rawatan Islam ini.
  2. HARAPAN – Darussyifa’ pusat menjadi HQ bagi cawangan-cawangan di setiap negeri. Seterusnya menubuhkan institut kajian sendiri supaya penyelidikan berkenaan Rawatan Islam ini dapat diperluaskan lagi.
  3. PLAN TINDAKAN – Meluaskan dan menambahkan cawangan hingga ke seluruh Malaysia.Seterusnya menghapuskan atau setidak-tidaknya mengurangkan amalan perbomohan yang khurafat dan membawa kepada syirik.Menyebar luas ilmu dengan menerbitkan buku-buku terbitan Darussyifa sendiri.
  4. PERSIAPAN – Antara persiapan Tuan Guru ialah dengan mengadakan kursus seperti ni seterusnya melahirkan tenaga pengajar baru bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.
  5. KEYAKINAN – Perkembangan Darussyifa’ dari masa ke semasa meyakinkan Tuan Guru bahawa Rawatan Islam ini mempunyai potensi untuk terus berkembang.Tuan Guru mengulas sedikit sejarah bagaimana beliau dulu hanya merawat seorang di rumah dan bagaimana pada hari ini, jumlah anak murid dan perawat yang dilahirkan oleh Tuan Guru semakin ramai.
  6. MATLAMAT – Matlamat Tuan Guru dan sepatutnya menjadi matlamat kita juga, kita terlibat dalam bidang Rawatan Islam ini tidak lain; hanya untuk mendapatkan Redha ALLAH.
  • Apabila kita mencari redha ALLAH; dengan sendirinya InsyaALLAH kita akan mendapat redha manusia. Cuma, biasalah segelintir manusia yang tidak suka kepada kita, tidak suka dengan kebaikan yang kita lakukan.
  • Jika membuat sesuatu kerja hanya untuk mendapat Redha ALLAH, percayalah ALLAH akan sentiasa membantu kita; lebih-lebih lagi ketika kita dalam kesusahan. Oleh itu, beruntunglah mereka yang hanya mengharap redha ALLAH semata-mata.

 

  1. HARAPAN KEPADA PESERTA

 

  • Tuan Guru mengharapkan agar semua peserta dapat memberi dan membuat yang terbaik untuk Darussyifa’.
  • Tuan Guru juga mengharapkan agar kita dapat ‘up grade’ kebersihan sekitar Darussyifa’ .
  • Tuan Guru juga mengajak sama-sama memikirkan satu sistem terbaik untuk digunakan di Darussyifa’ supaya pesakit tidak akan terasa beban mahupun kecewa.
  • Akhir sekali, Tuan Guru meminta semua supaya memperbaiki ‘PR’ ataupun ‘Public Relation’. Kemahiran komunikasi ini cukup penting untuk menjaga nama baik YBhg. Tuan Guru, khususnya dan juga Darussyifa’, umumnya.
  • Walaupun seolah-olah amanat ini hanya untuk peserta kursus tetapi sebenarnya amanat ini perlu dipikul oleh semua ahli Darussyifa’ agar impian dan amanat Tuan Guru dapat dicapai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: